Monday, May 03, 2010

Keluarga Aminulrasyid desak tubuh Suruhanjaya Diraja

SHAH ALAM 3 Mei – Keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes kematian remaja berusia 15 tahun itu yang mati ditembak polis pada awal pagi 26 April lalu.

Serentak itu, ahli keluarga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9 di sini itu juga menolak inkues dibentuk seperti yang dicadangkan oleh pelbagai pihak sebelum ini. 

Pada sidang akhbar di rumah Allahyarham di Seksyen 11 di sini hari ini, bapa saudara Aminulrasyid, Kamarudin Hassan, 45, berkata, keputusan itu diambil secara sepakat oleh keluarga tersebut bagi memastikan kematian remaja itu dibela dengan lebih telus dan adil. - Utusan

Ulasan: Berani kerana benar kecualilah negara demokrasi sudah jadi negara polis. Bila pengisytiharannya? Utamakan rakyat atau kroni?

No comments: