Tuesday, May 04, 2010

Untuk Noh Omar: Memang Nik Aziz hebat

Nik Aziz jangan ingat dia sahaja hebat - Noh Omar

KUALA LUMPUR 3 Mei - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Noh Omar membidas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat masih mempertikaikan larangan penggunaan masjid untuk tujuan politik.

Beliau berkata, Nik Abdul Aziz tidak berhak menyentuh apatah lagi menghina undang-undang negeri lain yang melarang masjid digunakan untuk tujuan berpolitik.

Justeru beliau menegaskan, kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas itu yang menyifatkan mereka yang mempertikaikan penggunaan masjid untuk politik sebagai bodoh sebenarnya berbalik kepada Nik Abdul Aziz sendiri.

"Kalau tidak suka dengan syarat yang dikenakan di negeri lain jangan datang, orang-orang Selangor pun mempunyai pegangan agama yang kuat dan jangan ingat hanya Nik Aziz sahaja yang hebat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menegaskan demikian selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama kementeriannya di sini hari ini…

Ulasan: Hebat kerana hidupkan amalan Rasulullah s.a.w. yang tidak membahagikan masjid untuk solat saja. 

No comments: