Wednesday, May 05, 2010

Janji ditunai sebelum PRU 13

SHAH ALAM 4 Mei - Kerajaan Pusat memberi jaminan janji-janji yang diumumkan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor bulan lalu akan ditunai sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPN), Datuk Seri Noh Omar menegaskan, jaminan itu dicapai hasil daripada mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyelarasan dan Pelaksanaan Janji-Janji Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor yang diadakan di sini hari ini.

''Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat komited dan telah membuktikan bahawa janji yang dibuat pada pilihan raya kecil itu bukan janji palsu atau sekadar gula-gula kepada rakyat, tetapi janji yang dilaksanakan. Inilah dasar Barisan Nasional (BN).

''Kita akui banyak janji waktu pilihan raya sebelum ini yang belum dilaksanakan. Ini kerana tiada tindakan susulan dibuat. Namun, kita akan membuat pemantauan dan memastikan janji tersebut dilaksanakan," ujarnya….

Ulasan: Inilah dasar BN - menang dengan merasuah pengundi dengaan pelbagai cara. Mana SPRM dan mahkamah? Apakah menabur janji pembangunan di kawasan pilihan raya bukan rasuah? Kawasan yg lama tersisih dan perlu di bangunkan cepat, eloklah doa supaya Pilihan Raya Kecil diadakan dan ramai akan datang menjanjikan pembangunan laksana dajjal satu mata akhir zaman. 

No comments: