Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menegaskan, tindakan peguam itu dianggap tidak beretika kerana mendedahkan keterangan saksi utama itu yang boleh menimbulkan prejudis terhadap siasatan yang sedang dijalankan.
"Sebagai peguam, mereka sepatutnya tahu dan menasihatkan saksi-saksi tidak mendedahkan fakta yang diambil oleh polis kepada pihak lain termasuk media.
"Ini kerana perbuatan peguam tersebut seolah-olah membiarkan masyarakat membicarakan kes tersebut dengan andaian dan persepsi yang tidak benar dan ini menunjukkan mereka tidak beretika," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Hari ini pada sidang akhbar yang diadakan di rumah Allahyarham Aminulrasyid di Seksyen 11 di sini, turut dihadiri oleh saksi utama, Azamuddin Omar, 15, yang berada di tempat kejadian ketika kereta yang dinaiki bersama arwah ditembak polis dalam kejadian awal pagi 26 April lalu.
Hadir sama ialah dua peguam yang mewakili keluarga Allahyarham iaitu N. Surendran dan Latheefa Koya.
Pada sidang akhbar itu selain bapa saudara Allahyarham, Kamaruddin Hassan, saksi utama tersebut turut menceritakan kepada media keadaan yang berlaku ketika kereta itu dikejar dan ditembak oleh anggota polis.
Khalid yang ternyata kesal dengan perkembangan kes tersebut turut menasihatkan media tidak melaporkan cerita-cerita yang didedahkan oleh saksi-saksi.
Beliau berkata, pemberita yang enggan mematuhi arahan itu akan menjerat diri sendiri jika keterangan yang didedahkan oleh saksi bercanggah ketika perbicaraan berlangsung di mahkamah nanti.
"Peguam seharusnya bersabar sehingga Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail membuat keputusan. Sekiranya mereka tidak berpuas hati, mereka boleh mengemukakan cadangan dan bukan dengan cara mendedahkan keterangan saksi kepada media," ujarnya.
Beliau juga berharap tiada pihak yang menyiasat saksi-saksi dan mendapatkan keterangan daripada mereka kerana siasatan sedang dilakukan sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat….
Ulasan: Ini berlaku bila kewibawaan polis di persoalkan rakyat. Tindakan kita selama ini mencerminkan sikap kita. Jangan salahkan orang.
No comments:
Post a Comment