Thursday, April 01, 2010

Buku kisah Najib dilancarkan

KUALA LUMPUR 31 Mac - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini melancarkan buku mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertajuk 'Najib Razak - A Sense of Mission' tulisan Datuk Dr. Ismail Noor.

Rais memberitahu, buku ini memuatkan banyak jawapan kepada pelbagai persoalan mengenai Perdana Menteri keenam negara.

''Siapakah Datuk Seri Najib Tun Razak, saya mencadangkan buku ini kepada pembaca yang mahu mengenali lebih dekat mengenai pemimpin tertinggi negara.

''Berdasarkan pengalaman, saya juga boleh memberi jaminan bahawa Najib akan terus berada di barisan kepimpinan negara yang mana rakyat Malaysia akan merasa bangga,'' katanya…

Ulasan: Eloklah ditulis lagi kisah SEBENAR mengenai PM kita dari mudanya hingga tua sekarang supaya rakyat boleh menilai KEHEBATANNYA. Dan tidak lagi mempersoalkannya dengan berbagai peristiwa. Ke arah mencari pemimpin politik yang BAIK-BAIK saja.

No comments: