Thursday, April 01, 2010

Pelajar asing tiada kelayakan dilarang belajar

KUALA LUMPUR 31 Mac - Pelajar asing yang tidak berkelayakan atau bermasalah dilarang sama sekali menuntut di negara ini kerana Malaysia bukan 'tempat buang sampah' untuk mereka.

Selaras dengan pendirian itu, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung, pihaknya tidak akan bertolak ansur dalam soal kualiti pelajar antarabangsa yang memohon untuk menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Beliau berkata, antara syarat ketat baru yang akan diperkenalkan ialah IPT di negara ini perlu mengambil pelajar asing di bawah tajaan kerajaan atau organisasi di negara mereka.

''Pelajar tajaan biasanya adalah lebih terjamin daripada segi komitmen dan kualiti berbanding mereka yang datang secara persendirian," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Abd. Muttalib (BN-Maran) pada sidang Dewan Rakyat hari ini…

Ulasan: Kerana laparkan pelajar antarabangsa, mungkin ada IPT yang membuka ruang bagi mereka dengan menutup ruang bagi pelajar tempatan. Yang teruk dan tertekan ialah pensyarah yang mengajar subjek. 

No comments: