Thursday, April 01, 2010

Pemegang AP kenderaan gagal patuhi arahan kerajaan

Pemegang permit import kenderaan gagal patuhi arahan kerajaan

KUALA LUMPUR 31 Mac - Kerajaan hari ini memaklumkan bahawa pemegang permit import (AP) kenderaan telah gagal memenuhi arahan kerajaan supaya setiap daripada mereka membayar RM10,000 bagi setiap permit yang dimiliki.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sehingga 25 Mac lalu kutipan yang diperoleh daripada dasar itu hanya RM42.37 juta, tersasar daripada anggaran RM300 juta.

Menurut beliau, sebenarnya sebahagian daripada kutipan itu akan disalurkan kepada Dana Automotif Bumiputera yang akan digunakan semula bagi membantu mereka melalui program-program di bawah Pelan Pembangunan Bumiputera.

"Ia bagi memastikan penyertaan berterusan bumiputera dalam sektor automotif dan membantu syarikat pemegang AP sedia ada untuk beralih ke sektor perniagaan lain memandangkan sistem AP akan dimansuhkan pada 31 Disember 2015," katanya semasa menggulung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi peringkat kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini….

Ulasan: Kalau tidak boleh ikut peraturan, lebih baik tidak payah berniaga. Kalau business dah maju tapi hutang tak mahu bayar dengan alasan-alasan dapat dicari. Kebanyakan masalah berlaku bila melibatkan UMNOputera.

No comments: