KUANTAN 31 Mac - Seorang kerani akaun di sini melakar sejarah tersendiri hari ini apabila menderma darah sebanyak 95 kali sejak tahun 1980.
Dengan niat untuk membantu semua pihak yang memerlukan, Yeo Kim Kee, 57, rela mendermakan darahnya sebanyak empat kali setiap tahun.
''Masa mula-mula hendak menderma darah saya memang takut. Tengok jarum pun rasa macam hendak lari.
''Bagaimanapun, apabila memikirkan niat saya untuk membantu setiap orang yang memerlukan darah, saya teruskan juga," katanya ketika ditemui pada Kempen Derma Darah dan Hari Kesedaran Jenayah anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Berjaya Megamall di sini hari ini.
Menurut Kim Kee, dia yang mempunyai darah jenis A+ berasa lebih sihat setiap kali selepas menderma.
''Selain tubuh yang sihat, saya juga dapat merasai kepuasan kerana menderma darah merupakan satu kebajikan.
''Kalau hendak membantu orang dengan wang mungkin saya tidak mampu, jadi dengan cara (derma darah) ini sahaja saya dapat menolong," jelasnya yang mempunyai anak kembar perempuan berusia 21 tahun…
Ulasan: Bagi kita, dapat pahala dari Allah pula. Jom menderma darah semasa masih sihat untuk membantu orang yang memerlukannya.
No comments:
Post a Comment