Ingatan kepada penzina buang, bunuh bayi
IPOH 31 Mac - Perbuatan membuang dan membunuh bayi yang semakin menjadi-jadi sekarang adalah lebih teruk dan kejam daripada perbuatan membunuh bayi perempuan yang dilakukan di zaman jahiliah.
Penasihat Khas Agama kepada Menteri Besar Perak, Kapten (B) Datuk Mohd. Najmuddin Elias berkata, ini kerana masyarakat sekarang sudah mempunyai fahaman agama serta ilmu pengetahuan, tidak seperti masyarakat jahiliah yang mempercayai anak perempuan membawa sial kepada keluarga.
Menurutnya, kejadian pembuangan bayi sekarang juga dilakukan tanpa mengira jantina anak kecil itu.
"Bertimpa-timpa dosanya kerana barangkali mereka yang membuang bayi itu pernah melakukan zina yang merupakan dosa besar dan kemudian membuang serta membunuh bayi juga satu lagi dosa besar.
''Mereka mungkin boleh terlepas hukuman dunia tetapi tidak boleh lari daripada hukuman akhirat dan mereka juga akan dibayangi pembalasan Allah atas apa yang mereka buat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi di seluruh negara sejak kebelakangan ini…
Ulasan: Setakat ini, tiada tanda-tanda pengurangan lorong ke arah maksiat dan pergaulan bebas. Yang ada lorong sudah menjadi jalan dan lebuh raya. Apakah setiap Ahli Parliamen merestui pergaulan bebas dan zina dikalangan rakyat yang merosakkan masyarakat timur ini? Jika tidak, berbuatlah sesuatu untuk menunjukkan kebencian terhadapnya. Rakyat sedang menilai kamu, apa yang dilakukan supaya rakyat Malaysia berakhlak mulia, wahai YB!
No comments:
Post a Comment