Wednesday, March 31, 2010

PIBG: Muhyiddin buktikan kerajaan BN pekak, angkuh

PIBG: Muhyiddin buktikan kerajaan pekak, angkuh 
Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyelar keangkuhan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghalang persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) membincangkan soal dasar atau polisi sistem pendidikan negara.

Ini ekoran di Parlimen semalam, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri memperingatkan bahawa tugas PIBG hanyalah berkaitan soal bagaimana untuk menambah baik pelajaran di sekolah yang mereka menjadi ahli sahaja.

Katanya, pandangan itu jelas menunjukkan kerajaan BN tidak terbuka menerima teguran rakyat dan masih mengamalkan dasar pekak telinga dan bersikap angkuh.

“PAS kesal dengan dasar dan pemikiran kecil beliau yang juga Timbalan Presiden Umno. PAS berpandangan bahawa PIBG juga adalah medium terbaik untuk para ibu bapa dan guru menyampaikan pandangan mereka khususnya yang melibatkan soal-soal pendidikan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Malah, katanya PIBG berhak untuk membincangkan atau memberikan pandangan terhadap dasar dan polisi pendidikan negara kerana itu semua akan memberikan kesan kepada anak-anak mereka.

Sepatutnya, kata beliau pihak Kementerian Pelajaran menjadikan PIBG rujukan utama sebelum sesuatu dasar itu diperkenalkan kerana mereka berhak dan lebih memahami keperluan pelajar dan anak-anak mereka.

Menurutnya, mesyuarat dan konvensyen PIBG akan menjadi lebih matang dan dilihat berwibawa jika mampu membincangkan soal-soal dasar dan polisi negara di samping tidak mengabaikan isu-isu dalaman sekolah.

“Jika mereka tidak diberikan ruang untuk bersuara, di manakah mereka ingin membawa pandangan mereka kerana tidak semua ahli PIBG terlibat dengan NGO atau parti politik. Jadi, apa salahnya mereka menggunakan medium yang ada untuk menyampaikan pandangan,” katanya lagi…

Ulasan: TPM dan kerajaan BN terpaksa terima bahawa ibu bapa kini sudah celik dan lebih  bermaklumat berbanding dulu. Mereka mungkin berpendidikan lebih tinggi atau sama dengan pemimpin BN cuma mereka di luar parti politik. 

Cigarettes may contain pig blood

Tuesday, 30 March 2010 
 
CIGARETTES may contain traces of pigs' blood, an Australian academic says with a warning that religious groups could find its undisclosed presence "very offensive". 

University of Sydney Professor in Public Health Simon Chapman points to recent Dutch research which identified 185 different industrial uses of a pig - including the use of its haemoglobin in cigarette filters.

Prof Chapman said the research offered an insight into the otherwise secretive world of cigarette manufacture, and it was likely to raise concerns for devout Muslims and Jews.

Religious texts at the core of both of these faiths specifically ban the consumption of pork.

"I think that there would be some particularly devout groups who would find the idea that there were pig products in cigarettes to be very offensive," Prof Chapman said today.

"The Jewish community certainly takes these matters extremely seriously and the Islamic community certainly do as well, as would many vegetarians.
"It just puts into hard relief the problem that the tobacco industry is not required to declare the ingredients of cigarettes ... they say 'that's our business' and a trade secret."

The Dutch research found pig haemoglobin - a blood protein - was being used to make cigarette filters more effective at trapping harmful chemicals before they could enter a smoker's lungs.

Prof Chapman said while tobacco companies had moved voluntarily list the contents of their products on their websites, they also noted undisclosed "processing aids ... that are not significantly present in, and do not functionally affect, the finished product".

This catch-all term hid from public view an array of chemicals and other substances used in the making of tobacco products, he said.

At least one cigarette brand sold in Greece was confirmed as using pig haemoglobin in its processes, Prof Chapman said, and the status of smokes sold was unknown.

"If you're a smoker and you're of Islamic or Jewish faith then you'd probably would want to know and there is no way of finding out," Prof Chapman said.

The Sydney office of British American Tobacco Australia was contacted by AAP.

A spokeswoman said a comment would be provided although it was not immediately available.

http://www.news.com.au/national/cigarettes-may-contain-pigs-blood/story-e6frfkvr-1225847653290 

Comment from Joe of Melbourne: Smoking is filthy habit, and it is getting filthier.

APCO: PAS cadang Majlis Raja-raja campur tangan

http://gemasuara.blogspot.com  

Saya mencadangkan Majlis Raja-Raja Melayu campur tangan dalam inisiatif kerajaan melantik Majlis Penasihat Antarabangsa Apco Worldwide (IAC) sebagai syarikat perundingan total kepada komunikasi negara.

Cadangan sedemikian penting kerana dengan partisipasi syarikat yang dikaitkan dengan jaringan Zionis-Israel, meletakkan tahap keselamatan negara dalam bahaya.

Selain mengusahakan tubuh Suruhanjaya Diraja, Majlis-Majlis Raja Melayu juga perlu campur tangan kerana isu ini secara tak langsung membabitkan kepentingan negara, kepentingan Islam.

Isu ini adalah isu yang serius kerana berkiatan keselamatan negara dan boleh menjadi ancaman pada keamanan negara.

Kerajaan mustahil membekalkan maklumat biasa berkaitan tanah air kerana fungsi sebenar Apco adalah menguruskan komunikasi strategik ke atas rakyat.

Seperti suatu syarikat komunikasi antarabangsa yang pernah menjual maklumat strategik kepada Amerika ketika meletusnya Perak Teluk di Asia Barat, tidak mustahil perkara demikian berulang di Malaysia.

Datuk Mahfuz Omar,
Naib Presiden PAS.

APCO: Negara Dalam Bahaya

Anwar Ibrahim

(Ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat mengenai APCO pada 30 Mac 2010)


MUKADIMAH

 Terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan skop penglibatan firma perhubungan awam bernama APCO. Isu ini wajar diberi perhatian khusus kerana ianya bukan sekadar isu 1Malaysia atau 1Israel atau tohmahan yang dilemparkan kepada saya sebagai seorang agen Yahudi. Namun demikian, isu-isu terbabit ditenggelami jika hendak dibandingkan dengan skandal dahsyat yang bakal didedahkan hari ini; yang tidak bersangkutan dengan kedudukan mahupun reputasi saya atau pun reputasi rakan-rakan saya.

Sesungguhnya keselamatan negara kita dalam bahaya. Isu ini membongkar politik kronisme yang membarah serta rundingan sulit pihak tertentu sehingga membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi kini wujud ancaman terhadap keselamatan nasional, maklumat strategik negara terdedah kepada agensi perisikan asing dan tercalarnya maruah umat.

 Bagi mengelak sebarang keraguan penjelasan saya hari ini bukan sekadar muslihat politik atau tuduhan tidak berasas, Insya Allah, setiap kenyataan saya hari ini akan disokong dengan dokumen, rencana malah salinan perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak terbabit.

 Sehingga kini Perdana Menteri belumpun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.

 Selama ini kita hanya dimaklumkan bahawa penglibatan APCO adalah terhad, tetapi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kebelakangan ini menunjukkan penglibatan yang lebih menyeluruh dan membimbangkan.

 Ini berdasarkan kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang menyatakan:

“Kerajaan ada melantik Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada Kerajaan Persekutuan secara menyeluruh…APCO Worldwide juga disarankan menjayakan program untuk mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di luar negara ”

 Manakala bagi pihak APCO sendiri, mereka merumuskan penglibatan mereka seperti berikut:

“APCO's work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people.”

 Kenyataan tersebut sebenarnya membuka pekung serta memunculkan lebih banyak persoalan. Ini bukan syarikat perhubungan awam biasa yang sekadar menulis ucapan mahupun kenyataan akhbar ataupun bertindak melonjakkan imej Perdana Menteri walau itupun amat dikesalkan kerana ianya dilakukan menggunakan dana rakyat. Dilaporkan usaha ini menelan belanja sekitar RM 20 juta. Secara sedar atau tidak kenyataan APCO mengakui bahawa lantikannya adalah untuk membantu strategi komunikasi yang menyeluruh, bermakna firma tersebut terlibat secara langsung memberi bantuan komunikasi di dalam pelbagai inisiatif dan dasar kerajaan. Ini bermakna, APCO terlibat secara langsung dalam mempengaruhi mesej yang disampaikan kepada rakyat dan saya akan terangkan dengan mendalam kenapa perkara ini sangat membahayakan kepada rakyat dan negara.

 Pada 18hb Mac 2010, APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dengan gagasan 1Malaysia, kononnya konsep itu wujud sebelum APCO dilantik sebagai firma perunding.

 Penafian yang dibuat oleh APCO itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran Perdana Menteri sekarang. Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak, atau Dato’ Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya.

 Sebuah portal berita telah melaporkan pada 28 Julai 2009 setakat mana penglibatan APCO dengan pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Najib.

 Antara lain, dilaporkan bahawa perkhidmatan APCO ini diperkenalkan kepada Perdana Menteri oleh Omar Mustapha, penasihat Perdana Menteri yang juga teman lama YB Rembau dan rakan kongsi dalam firma perunding Ethos Consultancy. Saya akan buktikan selepas ini bagaimana perkaitan di antara Omar Mustapha dan APCO sebelum pun APCO dilantik secara rasmi sebagai perunding kerajaan.

 Walaupun yang diumumkan kepada negara dan rakyat bahawa 1Malaysia dicetuskan sendiri oleh Perdana Menteri peranan Ethos Consultancy tidak boleh diremehkan. Ternyata kebanyakan dari kita tidak menyedari hubungan akrab eksekutif Ethos dan APCO yang masih berterusan.

 Sebab itu kita tidak hairan, sebaik sahaja Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri, Omar Mustapha dikhabarkan membawa masuk APCO menjadi perunding komunikasi kerajaan.

 Malah, laporan berita tersebut dengan jelas menyatakan bahawa seorang penasihat dari APCO telah pun ditempatkan di pejabat Perdana Menteri sejak dari awal Perdana Menteri mengambil alih.

 APCO juga dilaporkan terlibat secara langsung dalam menentukan strategi 100 hari pentadbirannya, termasuklah mesej dan dasar utama seperti 1Malaysia dan inisiatif yang lain.

 Berdasarkan laporan tersebut juga pegawai-pegawai kanan kerajaan dikatakan tidak selesa apabila Perdana Menteri ingin menganugerahkan kontrak bernilai RM20 juta kepada APCO untuk meneruskan kerja-kerja rundingan kepada kerajaan. Kontrak itu dijangka dianugerahkan antara bulan Julai dan September 2009; iaitu selepas penglibatan individu dari APCO yang dibawa masuk pada tempoh awal Perdana Menteri mengambil alih.

 Semua ini bukan saya yang kata, bukan Pakatan Rakyat yang cipta – semuanya telah pun dilaporkan sejak tahun lalu dan ianya belum pun dinafikan pihak yang dikatakan terlibat.

 Sebab itu mengambil kira beberapa peristiwa atau contoh yang berlaku apabila kerajaan ditipu oleh penasihat-penasihat asing sehingga menyebabkan kerugian berbillion ringgit; atau diaibkan di peringkat antarabangsa; saya melihat episod perlantikan APCO ini sebagai satu lagi kelalaian yang boleh merugikan dan membahayakan negara.

 Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengingatkan Perdana Menteri dan kerajaan untuk tidak mengulangi kesilapan dan kelalaian lepas apabila terlalu percayakan penasihat asing sehingga kita tidak memeriksa dengan tepat reputasi mereka serta penglibatan mereka sebelum ini. Apatah lagi perlantikan tersebut diselubungi misteri dan tanpa penelitian.

 Dulu, mantan Perdana Menteri mengizinkan kerajaan melantik David Zaidner dari firma Marc Rich untuk menasihati agensi kerajaan dan Bank Bumiputra cuba memanipulasi pasaran timah sedunia sehingga kita kerugian besar. Tidak sewajarnya kita lupa skandal Maminco itu. Mantan Perdana Menteri ketika itu seolah-olah tidak meneliti dahulu rekod David Zaidner, yang diketahui umum tidak suka mengikut peraturan dan undang-undang di dalam amalannya.

 Kemudian, episod yang membabitkan Jack Abramoff hanya untuk mendapatkan satu temujanji dengan Presiden Bush dalam tahun 2002 dengan membayar USD$1.2 juta tanpa memeriksa dahulu latar belakang Jack Abramoff. Dalam tahun 2006, kerajaan Malaysia dimalukan apabila Jack Abramoff didapati bersalah menipu dalam satu transaksi kewangan sehingga dipenjarakan dan pada masa itulah semua penglibatan kerajaan Malaysia didedahkan. Abramoff juga merupakan seorang pelobi yang terlibat dalam penipuan tanah kaum peribumi Amerika Syarikat(Red Indian) untuk tujuan pembinaan kasino. Perlantikan Abramoff juga dibuat dengan penuh kerahsiaan dan pasti tidak diketahui umum sekiranya Abramoff tidak diheret ke muka pengadilan di Amerika Syarikat.

 Walaubagaimanapun, mantan Perdana Menteri tersebut hanya memberikan tugasan yang spesifik kepada firma Marc Rich dan Jack Abramoff dan tidak melibatkan perjalanan jentera kerajaan yang menyeluruh.

 Dalam konteks inilah, kita melahirkan kebimbangan kerana kenyataan keraajaan sendiri menjelaskan bahawa mereka memainkan peranan penting membentuk strategi komunikasi kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya yang melibatkan rakyat. Kenyataan APCO menyatakan:

“will work to assist in strengthening the government’s online and other strategic communication capabilities to speed the delivery of accurate information to the media and public.”

 Sekarang, kebimbangan kita bukan sahaja latar belakang APCO, tetapi bentuk penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia dan apakah maklumat yang telah dikongsi oleh kerajaan dengan APCO.

APCO DAN MODUS OPERANDI

 Tetapi sebelum kita meneliti dengan lebih dalam kenapa penglibatan APCO secara rapat dengan kerajaan merupakan satu risiko yang wajar kita elakkan, kita perlu meneliti dahulu modus operandi firma-firma seperti APCO.

 Hanya dengan memahami modus operandi yang digunakan oleh APCO, baru kita boleh memahami kenapa penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia diselubungi misteri dan rahsia.

 APCO memanglah sebuah firma hubungan awam bertaraf antarabangsa. Reputasinya digilap kerana penglibatan tokoh-tokoh yang ada kaitan dengan pentadbiran Amerika Syarikat atau pun ahli-ahli politik di Capitol Hill.

 Pada masa yang sama, APCO juga menggunakan khidmat mereka yang mempunyai pengaruh di dalam bidang atau kerajaan masing-masing. Kalau kita lihat senarai Panel Penasihat Antarabangsanya, ahli penasihat APCO termasuklah beberapa tokoh diplomatik dan tokoh perisikan Israel.

 Oleh itu, adalah penting untuk Dewan dan rakyat memahami bahawa reputasi APCO adalah sebagai sebuah firma pelobi. Apa fungsi firma pelobi di Washington?

 Selalunya mereka akan mengaturkan perjumpaan atau seminar untuk membaiki imej sesebuah organisasi; terutamanya pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi atau rasuah yang buruk di mata dunia.

 Jadi, fungsi utama mereka adalah untuk membaiki imej pemimpin-pemimpin (atau badan-badan) yang mempunyai rekod yang tidak baik. Saya akan senaraikan selepas ini contoh-contoh pemimpin sebegini; yang secara tidak langsung kini Perdana Menteri Dato’ Seri Najib telah mendapat penghormatan kerana tergolong dengan pemimpin-pemimpin sebegini.

 Untuk menjalankan tugas ini, mereka juga perlu menjaga nama dan reputasi mereka sebagai firma perhubungan awam. Sebab itu ada beberapa perkara penting di dalam modus operandi mereka yang perlu kita fahami.

 Pertama – mana-mana pihak yang mengambil APCO sebagai perunding akan menandatangani perjanjian. Salah satu bahagian utama di dalam perjanjian ini adalah mengenai perkara-perkara rahsia; dengan izin “confidentiality” atau “non-disclosure”.

 Reputasi APCO sebagai firma pelobi banyak bergantung kepada kemampuannya menangkis soalan-soalan mengenai peranan dan penglibatannya dengan badan yang melantiknya, terutamanya pemimpin-pemimpin yang berimej buruk ini.

 Sebab itu, tidaklah sukar untuk Barisan Nasional ingin mengabui mata rakyat dengan meminta APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan dalam 1Malaysia, atau peranan sebenar dengan kerajaan Malaysia. Biar saya ingatkan rakyat Malaysia tidak mudah untuk diputarbelitkan.

 Mereka faham bahawa adalah menjadi sebahagian dari tugas APCO, seperti yang termaktub di dalam perjanjian lantikan bersabit perkara-perkara sulit dan rahsia; untuk melindungi klien mereka dan secara langsung menafikan penglibatan.

 Saya ambil contoh dua perjanjian lantikan yang melibatkan APCO. Satu yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dengan APCO bertarikh 4hb Ogos 2009 yang secara khusus memberi tugasan kepada APCO untuk membaikpulih imej kerajaan Malaysia. Ini mempunyai tandatangan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri sendiri, iaitu Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang menunjukkan betapa dekatnya APCO dengan Perdana Menteri – sedangkan pada kebiasaannya perjanjian kerajaan hanyalah ditandatangani oleh pegawai-pegawai kerajaan sahaja.

 Satu lagi contoh adalah perjanjian lantikan oleh Kerajaan Israel yang melantik APCO untuk menjalankan tugasan yang sama, bertarikh 9hb Januari 1992 . Pada jangka waktu yang sama, Ehud Barak masih berkhidmat sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Negara Israel.

 Kedua-dua perjanjian ini dengan jelas menghuraikan peranan APCO sebagai pelobi; yang antara lain perlu menyimpan rahsia-rahsia kerajaan yang diberikan kepada APCO dalam menjalankan tugasan. APCO juga tidak boleh mendedahkan maklumat kecuali diberi keizinan oleh kerajaan Malaysia. APCO malahan terlibat dengan apa yang dipanggil sebagai komunikasi strategik yang menyeluruh.

 Kita berhak menuntut kerajaan dan Perdana Menteri datang ke Dewan Rakyat dan berterus terang mengenai perjanjian yang telah ditandatangani dengan APCO – terutamanya semua soalan-soalan yang telah saya timbulkan minggu lalu mengenai tugasan, bayaran, penasihat-penasihat yang terbabit dan pengaruh mereka setakat ini.

 Berbalik kepada modus operandi yang kita tekankan tadi. APCO dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin “associates”) di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies.

 Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO.

 Jadi kontrak-kontrak yang melantik APCO tidak semestinya di antara APCO dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu APCO tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari APCO.

 Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International. Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO APCO.

 Oleh sebab itu, kita perlu berhati-hati dengan penafian oleh APCO bahawa ianya tidak terlibat. APCO sebagai sebuah firma mungkin tidak terlibat dengan idea gagasan 1Malaysia – Apa mungkin Perdana Menteri hadir ke Dewan Rakyat dan menyatakan secara tegas bahawa tidak ada mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO atau firma bersekutu dengan APCO atau penasihatnya yang terlibat dengan gagasan 1Malaysia? Kita pertikai gagasan penting bagi pentadbiran sekarang tidak tergolong dengan apa yang dikira sebahagian dari komunikasi yang menyeluruh.

 Bolehkah Perdana Menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO? Perdana Menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum APCO secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur. Paul Stadlen yang kini mengetuai APCO di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO APCO dan invidu penting yang terlibat dengan akaun di Israel.

 Perdana Menteri juga perlu menerangkan kepada Dewan; kenapa Omar Mustapha penasihat yang dipercayai Perdana Menteri dilaporkan membawa APCO untuk menasihati kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya 1Malaysia? Tidakkah ini menimbulkan persoalan mengenai perkaitan di antara Ethos, APCO dan 1Malaysia? Manakala itu Perdana Menteri beria-ia menonjolkan Omar Musthapa sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Petronas walaupun ditolak pada mulanya oleh Lembaga Pengarah atas alasan gagal membayar biasiswanya.

 Soalan-soalan ini perlu dijawab oleh Perdana Menteri, kerana kita tahu modus operandi APCO yang diselubungi degan rahsia dan melibatkan banyak individu yang bernaung dengannya tetapi menggunakan firma-firma yang berlainan.

REKOD APCO

 Kebimbangan kita mengenai penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia banyak bersabit dengan rekod APCO dengan pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi manusia atau penyelewengan harta rakyat di seluruh dunia.

 Ada dua aspek yang membimbangkan kita – pertama; APCO banyak memberi khidmat untuk memulihkan imej pemimpin-pemimpin sebegini yang menindas rakyat di negara masing-masing. Sehinggakan akhbar The Times of India menulis bagaimana APCO mempunyai diktator-diktator di dalam senarai pelanggannya . Rencana tersebut menyenaraikan antaranya:

“Adolf Hitler was a brilliant propagandist. Narendra Modi too believes in the power of image.

Which is probably why the chief minister hired a US lobbying firm which has serviced clients like former Nigerian dictator Sani Abacha and President-for-life of Kazakhstan Nursultan Abishuly Nazarbayev.

This Washington-based firm, Apco Worldwide, was hired by Modi sometime in August this year, in the run-up to an important Assembly election, to improve his image before the world community. Among its recent clients are Mikhail Khodorkovsky, a former Communist youth leader-turned-Russian billionaire with mafia links.”

 Keduanya; mereka yang terlibat dengan APCO mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Israel serta ahli politik Amerika Syarikat yang mempunyai pandangan yang serong terhadap umat Islam.

 Soalan saya kepada Perdana Menteri – jika ini reputasi dan rekod APCO yang diketahui umum; apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat melalui perlantikan APCO sebagai perunding kerajaan?

 Apakah pentadbiran Perdana Menteri mengakui bahawa Perdana Menteri dan partinya Umno adalah setaraf dengan rejim-rejim diktator di dunia; sehinggakan khidmat APCO yang selama ini membaiki imej diktator perlu digunapakai?

 Saya ingin kupas kedua-dua aspek dan memberikan bukti bahawa berdasarkan rekod APCO selama ini, sewajarnya kerajaan tidak melantik mereka kecualilah kepakaran yang diperlukan kerajaan adalah kepakaran menggunakan wang untuk membeli pengaruh di Washington.

 Dalam tahun 2007, seorang wartawan penyiasat yang terkenal di Amerika Syarikat bernama Ken Silverstein telah menyamar untuk melantik APCO mewakili kerajaan Turkmenistan. Beliau telah melaporkan hasil siasatannya mengenai peranan dan pendekatan APCO membantu membersihkan imej diktator-diktator dunia di dalam sebuah rencana yang disiarkan di dalam Majalah Harper’s. Berikut antara pendedahan majalah tersebut:

Apco was the first firm I contacted, because it was a natural candidate to represent Turkmenistan: it has experience working not just on behalf of authoritharian regimes in general-the dictatorship of General Sani Abacha in Nigeria, for example, which employed the firm in 1995, the same year it hanged 9 democracy activists.”

 Pendedahan Ken Silverstein itu jelas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh APCO dalam membantu pemimpin-pemimpin yang begitu buruk rekodnya. Nama-nama yang disebut di dalam pendedahan tersebut termasuklah Barry Schumacher yang juga pernah terlibat di dalam tugasan lantikan kerajaan Israel pada tahun 1992 dan Jennifer Millerwise Dyck, bekas jurucakap CIA dan jurucakap Naib Presiden Dick Cheney; yang rekodnya di dalam perang di Afghanistan dan Iraq kita semua sedia maklum.

 Sekiranya YB meneliti laporan tersebut, lebih membimbangkan adalah pendekatan yang diambil oleh APCO dalam menjalankan assignment itu.

 Kepada kerajaan yang melantiknya, mereka dijanjikan pertemuan-pertemuan dengan pemimpin Kongres, dialog atau seminar dengan pelbagai institusi untuk memberi imej yang amat berlainan dengan apa yang berlaku.

 Kepada pemimpin Kongres dan kerajaan Amerika Syarikat, mereka akan menjaja pertemuan-pertemuan ini sebagai peluang untuk mempengaruhi kepimpinan kerajaan yang melantik mereka sebagai perunding. Tidakkan ini satu amalan yang kurang beretika kerana ia seolah-olah mengambil untung di kedua-dua belah pihak? Bukankah ini satu isu yang besar apabila ada risiko campur tangan semata-mata untuk mendapatkan pertemuan-pertemuan di Washington?

 Sebab itu saya akan terangkan selepas ini risiko-risiko yang telah ditanggung oleh negara apabila Perdana Menteri dicucuk hidung oleh Omar Mustapha dan juak-juak dari Ethos untuk melantik APCO.

Senarai pemimpin-pemimpin yang menggunakan khidmat APCO untuk membaikpulih imej diktator adalah panjang dan mengejutkan.

 Selain Turkmenistan, Kazakhstan dan Azerbaijan; salah seorang klien APCO yang paling terkenal adalah bekas diktator Nigeria iaitu General Sani Abacha. Mengikut laporan-laporan BBC General Sani Abacha merupakan pemimpin berkedudukan No. 4 yang paling korup di dunia. Semasa pemerintahannya, berbillion-billion dollar dilesapkan. Wang yang dilesapkan oleh orang kanannya sahaja berjumlah USD$2.5 billion.

APCO sebagai firma perhubungan awam yang terlibat dengan komunikasi strategi mempunyai misi untuk melunakkan imej Sani Abacha yang melesapkan wang negara.

 Aspek kedua yang membimbangkan kita adalah kehadiran ramainya tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan kerajaan Israel dan organisasi pertahanan negara itu termasuklah agensi perisikan sebagai perunding atau penasihat APCO.

 Tidakkah tindakan Perdana Menteri melantik APCO, yang umum diketahui rapat dengan tokoh-tokoh kanan rejim Zionis, merupakan sikap kepura-puraan? Di depan rakyat, kerajaan Barisan Nasional bercakap mengenai perjuangan Palestin, mengutuk rejim Zionist malah merotan pesalah-pesalah rakyat marhaen yang lemah untuk membuktikan ia sebuah kerajaan yang menegakkan Islam – adil atau tidak itu belakang kira.

Tetapi secara senyap di belakang, tanpa pengetahuan rakyat; Perdana Menteri dinasihati secara terus dan dekat oleh sebuah firma yang ditunjangi oleh tokoh-tokoh kanan rejim Zionis? Regim yang memenjarakan Gaza dan menindas baik umat Islam dan mereka yang beragama Kristian di Palestin.

 Secara khususnya, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada tiga tokoh utama Israel di dalam APCO iaitu Doron Bergerbest-Eilon, Ittamar Rabinovich dan Shimon Stein . Ketiga-tiga tokoh ini adalah tokoh kanan rejim Zionis.

 Doron Bergerbest-Eilon adalah Ketua Bahagian Keselamatan dan Perlindungan, Agensi Keselamatan Israel. Apa itu Agensi Keselamatan Israel? (Israel Security Agency)

 ISA adalah nama rasmi kepada satu organisasi yang cukup busuk namanya di kalangan umat Islam; iaitu Shin Bet. Apa ini Shin Bet? Shin Bet adalah adik kembar kepada Mossad; iaitu agensi perisikan Israel. Bezanya – Shin Bet adalah agensi perisikan dalam negara dan Mossad adalah agensi perisikan luar negara.

 Siapa lagi tokoh-tokoh kanan rejim Zionis di dalam APCO? Antaranya Itamar Rabinovich; Duta Israel ke Amerika Syarikat, salah satu jawatan terpenting dalam rejim Zionis. Ini adalah jawatan diplomatik paling kanan dan hanya tokoh paling kanannya sahaja yang menjawat jawatan ini. Begitu juga dengan Shimon Stein iaitu mantan duta Israel ke Jerman. Kedua-dua ini merupakan jawatan diplomatik kanan buat Negara Israel. Kedudukan mereka yang kanan dalam lingkaran diplomatik memperlihatkan keupayaan mereka untuk mempengaruhi serta melobi bagi pihak APCO sekarang.

RISIKO KEPADA NEGARA

 Sebab itu kita menimbulkan isu ini kerana ia melibatkan keselamatan dan reputasi negara serta maruah umat.

 Kita jelas mengapa kita bangkitkan isu ini. Ianya kerana kita mempertikaikan tindakan kerajaan menganugerahkan kontrak perkhidmatan puluhan juta ringgit kepada sebuah syarikat yang mana ada dari kalangan eksekutif kanannya pernah memegang jawatan tinggi dalam organisasi seperti Shin Bet dan Kerajaan Israel. Kita khuatir kerana pentadbiran Dato’ Sri Najib seperti tidak runsing dan gundah mengambil sebuah firma yang tercemar dengan rekod berkhidmat untuk para diktator dan petindas. Sikap membisu Perdana Menteri pastinya mengundang pelbagai kemusykilan serta persoalan.

 Membicarakan persoalan seperti komunikasi menyeluruh, pastinya ia berkait rapat dengan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Penerangan dan banyak kementerian lainnya. Maknanya APCO mempunyai akses/terdedah kepada jaringan strategik serta penting dan pastinya memberi kesan kepada keselamatan negara. Melantik organisasi asing yang mempunyai rekod seperti APCO, lalu mengamanahkannya dengan tanggungjawab besar serta kemudahan sedemikan rupa pastinya menggadai kepentingan negara. Oleh kerana itu saya menggesa kerajaan agar segara membatalkan kontrak perkhidmatan dengan APCO dan menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat skandal yang memalukan ini.

RUJUKAN

1Jawapan YB Dato’ Seri Nazri Abdul Aziz kepada YB Tanah Merah, Tuan Amran bin AB Ghani, bertarikh 16 November 2009.
2 Respon APCO bertarikh 18hb Mac 2010.
3“Money Being Splurged To Boost Image of Najib Administration” ditulis oleh Kumpulan Editor The Malaysian Insider dan disiarkan pada 28 Julai 2009.
4Mukasurat 150: “Malaysian Maverick” oleh Barry Wain mengenai skandal kerugian kerajaan Malaysia yang cuba memanipulasi pasaran timah sedunia setelah mendengar nasihat pedagang timah bernama David Zaidner yang sebelum itu ditolak oleh negara-negara lain. Kerajaan dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM661 juta.
5Laporan Associated Press bertarikh 21 Februari 2006 bertajuk “Malaysia Ex-PM: Abramoff Was Paid $1.2 M” dan laporan Los Angeles Times bertarikh 15 Februari 2006 bertajuk “Abramoff Bragged Off Ties With Rove: The disgraced lobbyist helped get Bush to meet the leader of Malaysia”
6Kenyataan APCO bertarikh 10hb Ogos 2009, http://www.apcoworldwide.com/content/news/press_releases2009/malaysia0809.aspx
7“Agreement between APCO and Malaysian Government” ditandatangani pada 4hb Ogos 2009 bagi tugasan melobi Washington untuk membaikpulih imej kerajaan
8“Agreement between APCO and Israeli Government” ditandatangani pada 9hb Januari 1992 bagi tugasan melobi Washington untuk merapatkan hubungan diplomatik dan dagangan di antara Israel dan Amerika Syarikat
9Tempoh berkhidmat dari 1hb April 1991-1hb Januari 1995
10Sila rujuk laman rasmi Asero Worldwide di www.asero.com
11Times of India, 18 November 2007 dalam berita bertajuk “Modi’s Image Builders Have Dictators On Client List”
12 Harper’s Magazine, July 2007 dalam rencana bertajuk “Their Men in Washington: Under-cover with DC’s Lobbyists for Hire”
13Laporan BBC “Abacha Advisor In Corruption Probe) bertarikh 2 Disember 1998 dan “Africa Looted for $140 Billion, Leader Says” bertarikh 13 Jun 2002
14Laman web APCO di www.apcoworldwide.com. Ittamar Rabinovich juga disebut dalam tulisan John J. Mearsheimer dan Stephen M. Walt; The Israel Lobby And US Foreign Policy, m/s 46, London, Penguin Books.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25786:apco-negara-dalam-bahaya&catid=96:fokus-khas&Itemid=134

Ulasan: Silakan siasat Anwar, tapi jangan lupa SIASAT PM juga...kerana keselamatan negara di utamakan. Kalau sudah kekeringan idea untuk memerintah, jika di dapati bersalah elokkan letak jawatan daripada memalukan nama ayah.

Permudah urusan kahwin elak buang bayi

Shahidan cadang permudah urusan kahwin elak buang bayi 

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim mengesyorkan pihak berkuasa agama setiap negeri mempermudahkan urusan berkahwin di kalangan muda-mudi bagi menangani gejala negatif seperti kes buang bayi yang makin membimbangkan.

Jelas Shahidan, langkah tersebut juga dilihat berkesan kerana dapat mengurangkan kes-kes pembuangan bayi terutamanya membabitkan remaja Islam.

Menurut beliau, syarat-syarat yang ketat semasa nikah merupakan punca generasi muda menjalinkan hubungan secara sulit, sekali gus menyebabkan berlakunya tekanan sehingga sanggup membuang bayi. 

“Semua itu berlaku kerana hubungan mereka tidak direstui.

“Tambahan pula apabila hendak berkahwin, macam-macam syarat dan kekangan dikenakan sehingga ia menyusahkan.

“Saya melihat daripada melarang hubungan itu, lebih baik kita kahwinkan mereka dengan cara yang mudah tetapi mengikut hukum syarak,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini…

Ulasan: Permudahkanlah nikah, maka zina tiada tempat dalam masyarakat.

Tuesday, March 30, 2010

PEMBINAAN UMT RUNTUH SEORANG PEKERJA MAUT

LANTAI BANGUNAN DALAM PEMBINAAN UMT RUNTUH SEORANG PEKERJA MAUT - mStar

Lantai di tingkat tiga sebuah bangunan milik Universiti Malaysia Terengganu yang sedang dalam pembinaan dekat Gong Badak, Terengganu, runtuh lewat petang tadi mengorbankan seorang pekerja binaan.

Dua orang lagi pekerja mengalami kecederaan serius manakala dua lagi cedera ringan.
Kesemua mereka adalah pekerja warga asing dari Bangladesh.Semasa kejadian jam 5.30 petang itu, tiga lagi pekerja yang turut berada di situ terselamat.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UMT, Prof Dr Yahaya Ibrahim ketika dihubungi berkata, bangunan yang sedang dalam pembinaan itu adalah untuk menempatkan Institut Oseanograf dan Institut Akuakultur.

Runtuhan itu berlaku katanya adalah disebabkan oleh perancah yang lemah pada lantai di tingkat tiga.

Itulah yang kita dapat tahu bukan disebabkan oleh struktur yang lemah," katanya.
Dr Yahaya juga berkata, satu siasatan akan dilakukan bagi mencari punca kejadian secara terperinci dan sehingga itu, semua kerja-kerja pembinaan pada bangunan berkenaan akan dihentikan...

Ulasan: Kontraktor yang berpengalaman, pegawai safety dan jurutera sepatutnya bertanggung jawab mempastikan keselamatan pekerjanya. Sampai bila tapak bina Malaysia menjadi tempat mati pekerja asing?

APCO DAN NAJIB : Keselamatan Negara Dalam Bahaya

APCO DAN NAJIB – DI SEBALIK TIRAI PERHUBUNGAN AWAM
Oleh Tian Chua, Ahli Parlimen Batu

Hari ini Selasa, 30 Mac 2010, ahli-ahli parlimen Barisan Nasional sedang bersedia untuk menyembelih Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung ulasannya terhadap APCO. Ahli-ahli parlimen ini mungkin berfikir mereka melakukan hal yang betul dengan mempertahankan Najib dan syarikat perundingnya yang hebat itu.

Dalam fikiran kebanyakan ahli parlimen BN, mempertahankan kerajaan sama dengan mempertahankan tanahair. Dengan logika songsang yang sama, orang yang mengkritik kerajaan semudahnya digelar pengkhianat Malaysia.

Saya dengan berlapang dada, mengajak kawan-kawan di sebelah sana untuk berfikir dengan lebih jauh lagi, melihat dengan lebih dalam lagi. Sebetulnya, ianya tidaklah terlalu sukar untuk mencari kaitan hubungan APCO dan Israel.

Namun sebelum saya pergi lebih jauh lagi, saya perlu menerangkan bahawa perbincangan ini tidak ada kena mengena dengan “persoalan tentang Yahudi.” Ada perbezaan yang cukup luas di antara menjadi Yahudi dan menganut ideologi Zionisme.

Rakyat Malaysia selalu berbangga dengan mengisytiharkan kebersamaan terhadap rakyat Palestin yang tertindas. Kita juga mengekalkan dasar luar negara yang bebas dan memiliki rekod panjang melatakkan komitmen pada prinsip dan perjuangan Gerakan Negara-negara Berkecuali.

Dalam konteks ini, apakah teramat sukar untuk memahami bagaimana Perdana Menteri membayar khidmat firma yang terkenal dengan hubungan gelapnya dengan gerakan Zionisme antarabangsa? Kenapa perlu kita percaya sebuah syarikat dengan agenda Zionis mengendalikan hubungan komunikasi strategi Malaysia?

IANYA BUKAN SEKADAR SEBUAH SYARIKAT YAHUDI 

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menimbulkan beberapa kritikan di parlimen berkenaan persamaan di antara slogan 1 Malaysia dan 1Israel. Beliau juga mencabar kerajaan untuk menjelaskan perbelanjaan berjumlah RM23 juta wang pembayar cukai kepada APCO.

Terdapat juga persoalan tentang kenapa Najib dan kerajaannya tidak melibatkan firma perhubungan awam tempatan bagi menjalankan kerja hubungan komunikasi tersebut?

Menurut kenyataan APCO sendiri, tanggungjawabnya meliputi ruang lingkup yang cukup lebar melangkaui komunikasi “tugas APCO termasuklah dokongan komunikasi terhadap usaha-usaha reformasi yang luas yang sedang diambil kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang mencipta peluang pekerjaan, mempromosikan pendidikan serta memperkasa penyampaian khidmat kepada rakyat.”

Malahan, ianya cukup aneh bahawa penjelasan ini tidak datang dari Najib ataupun Pejabat Perdana Menteri.

Asas utama Pakatan Rakyat menimbulkan perkara ini bukanlah untuk meraih sokongan politik tetapi kerana keprihatinan yang jujur berhubung soal keselamatan negara.

APCO Worldwide berpusat di kota Washington DC dan memiliki 23 buah pejabat di seluruh dunia termasuklah di Tel Aviv, Israel. Menjadi pengetahuan umum orang-orang penting dan penasihat APCO berhubung kait dengan Zionis Israel, seperti Shimon Shein (bekas Duta Israel ke Jerman), Itamar Rabinovich (bekas duta Israel ke Amerika Syarikat),

KITA MUNGKIN BERKATA HABIS ITU APA?

Namun APCO tidak boleh menafikan operatornya di Tel Aviv memiliki hubungan rapat dengan bekas Perdana Menteri Israel Yishak Rabin. APCO di Israel mengendalikan kerja-kerja pembangunan strategik dan berbagai bentuk komunikasi untuk syarikat korporat ataupun organisasi kerajaan.

Selanjutnya, perhubungan di antara Israel dan APCO lebih dari sekadar memiliki pejabat di Tel Aviv. Kegiatan APCO di negara Zionis melampaui sektor orang awam. Perlu diingatkan anggota Majlis Penasihat Antarabangsa APCO Doron Bergerbest-Eilon, merupakan bekas ketua keselamatan untuk kerajaan Israel

APCO dan ASERO

Hubungan APCO dengan pelbagai projek risikan dan berkait keselamatan dilakukan menerusi hubungan strategik dengan syarikat saudaranya ASERO Worldwide. Kepakaran APCO adalah dalam bidang komunikasi, manakala ASERO pula pakar dalam keselamatan dalam negeri dan perunding pengurusan risiko.

APCO dan ASERO mempunyai anggota perunding dan pengurusan yang bertingkah keahliannya. Misalnya Doron Bergerbest-Eilon yang duduk sebagai anggota Majlis Penasihat Antarabangsa APCO merupakan orang yang terlibat menubuhkan dan menjadi presiden ASERO Wordlwide.

Doron Bergerbest-Eilon, seorang bekas pegawai kanan keselamatan dalam Israeli Security Agency (ISA). Dia merupakan bekas ketua bahagian perlindungan dan keselamatan dan menjawat pangkat yang lebih kurang sama dengan mejar jenderal. Dedikasinya terhadap agensi perisikan Israel membawa dirinya dianugerahkan Pingat Penghargaan Pengarah oleh Agen Perisikan Amerika Syarikat.

Mara Hedgecoth, anak perempuan Ceo APCO dan Presiden Margery Kraus turut menjawat jawatan dalam ASERO sebagai Naip Presiden. Dalama masa yang sama Mara Hedgecoth turut berkhidmat sebagai Naib Presiden dan Pengarah APCO Worldwide.

Naib Presiden Kanan ASERO, Carl Truscottmerupakan sosok tubuh yang tercalar imejnya sewaktu dibawah pentadbiran Bush. Carl Truscottmerupakan bekas Pengarah Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan Amerika Syarikat.

Tetapi dia meletakkan jawatan pada Ogos 2006 setelah terbit laporan dari Jabatan Keadilan Amerika Syarikat yang mendapati dia telah membazirkan ribuan dollar dengan berbelanja mewah, membazirkan jutaan dolar dengan keputusan-keputusan sesuka hati serta melanggar piawaian dengan mengarahkan pekerjanya membantu anak saudaranya dalam projek video di sekolah tingginya.

HUBUNGAN DENGAN ISRAEL

ASERO Worldwide menasihati agensi awam dan tentera Israel dalam hal cabaran strategi dan taktik keselamatan serta menyediakan bantuan terhadapkerajaan dan pihak korporat bagi menyediakan, meringankan dan memulihkan daripada ancaman keganasan dan risiko bahaya lainnya, juga melindungi penghidupan dan aset penting serta memastikan penerusan operasi.

Kakitangan ASERO dipenuhi dengan rekrut daripada Agensi Keselamatan Israel (juga dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet) dan juga Mossadyang cukup terkenal itu. Seperti yang kita tahu prosedur piawaian operasi agensi ini dalam menghalang keganasan (counter terrorism) termasuklah dengan menyiksa orang yang dituduh, pembunuhan dan lain-lain lagi. 

Pada tahun 2006, APCO dan ASEROmemperkenalkan – Pentadbiran Pengangkutan Keselamatan – Transportation Security Administration (TSA) kepada kerajaan Israel, dan membantu membangunkan sistem keselamatan lapangan terbang Israel – Sistem Pengesan Orang Yang Disyaki – Suspect Detection Systems. TSA direka oleh John Magaw, salah orang perunding kanan yang pernah menjadi pengarah Agensi Perisikan Amerika Syarikat. 

HUBUNGAN DENGAN SINGAPURA

Bukan lagi rahsia bahawa Israel dan Singapura menjalin hubungan tersembunyi dalam kerjasama luar biasa di bidang pertahanan dan perisikan. Kerjasama antara dua buah negara ini dapat dijejak sejak tahun 1960 an lagi.

Di kalangan pengarah kanan dan pegawai pengurusan ASERO, satu-satunya orang yang bukan warga Amerika Syarikat dan warga Israel merupakan warga Singapura.

ASERO dan APCO menyediakan khidmat rundingan terhadap keselamatan dalam negeri Singapura, membantu Singapura dengan khidmat teknikal dan risikan dalam hal ehwal keselamatanruang udara dan angkasa. Khidmat dan kepakaran mereka talah memudah cara perpindahan pantas teknologi keselamatan dan ketenteraan Israel e Singapura.

Kedua-dua syarikat ini juga terlibat dalam mempromosikan penglibatan Israel dalam kerjasama dan penyelidikan berjangka panjang dalam bidang strategik yang mempunyai implikasi keselamatan dan ketenteraan. Antara isntitusinya adalah Yayasan Kajian dan Penyelidikan Industri Singapura-Israel (Singapore-Israel Industrial R&D Foundation - SIIRD) yang ditubuhkan pada tahun1997.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ASERO aktif terlibat dalam banyak kegiatan pencegahan keganasan (counter terrorism). Di atas nama pertukaran akdemik, ASERO telah ikut terlibat dengan Pusat Sains Tingkah Laku (Centre of Behavioral Science - CBS). Matlamat CBS adalah untuk berkhidmat sebagai “platfom untuk perpindahan dan pertukaran idea-idea dan pengetahuan terkini yang akan menyumbang kepada perubahan hidup individu, organisasi dan juga masyarakat.”

SATU MALAYSIA DAN SLOGAN SATU BANGSA 

Dalam latar belakang ini, terdapat banyak sebab mengapa rakyat Malaysia yang patriotik perlu mempersoalkan kebijaksanaan mengambil khidmat APCO itu. Cukup terang, APCO tidak berkongsi wawasan yang sama tentang pembinaan bangsa(nation). Tidak juga menghairankan untuk APCO tidak berkongsi hasrat, wawasan dan matlamat pembinaan negaa kami. Sebab itulah slogan 1Malaysia tidak bersambut dalam konteks rakyat tempatan. 

Fakta sejarah menunjukkan 1-Malaysia berbunyi seperti berbagai “gerakan Satu Bangsa” di seluruh dunia. Malangnya selogan Satu Bangsa tidak dapat dielakkan dikaitkan dengan kecenderungan konservatif. 

Seperti yang kita ketahui, slogan Satu Israel merupakan cubaan yang gagal untuk menyatukan suatu lanskap politik yang terpisah-pisah. Kemudian ada pula “One Britain” yang menjadi tema kempen ahli-ahli politik pelampau puak kanan parti Konservatif UK dan kumpulan-kumpulan anti penghijrahan orang luar ke dalam negara. 

Di Australia, bekas perdana menteri John Howard merangka dasar One-Australia pada tahun1980an. Maksudnya One-Australia membawa makna anti keseragaman budaya dan mendesak Australia mengekalkan penguasaan orang kulit putih Anglo-Saxons.

Slogan One-Australia Perdana Menteri Howard kemudiannya diangkat oleh ahli politik rasis Pauline Hanson yang menubuhkan One-Nation Party. Satu-satunya platfom parti ini berpandukan retorik dan dasar anti orang luar dan anti penghijrah. 

MENYERAHKAN KEDAULATAN MALAYSIA

Setahun selepas dilancarkan, konsep 1-Malaysia masih lagi terlalu kabur buat kebanyakan rakyat Malaysia. Meskipun slogan tersbeut telah menghasilkan caka-cakap dan kegiatan tetapi ia langsung kosong isi pemikirannya. 

Malah, rakyat Malaysia tanpa mengira etnik sama-sama kehilangan arah dalam mentera retorika ini. Kesan rasa selamat tidak cukup untuk menutup kekecewaan terhadap tiadanya tindakan dalam menangani isu sebenar yang memberi kesan terhadap bangsa dan negara seperti rasuah, menurunnya produktiviti, kemiskinan, perpaduan nasional dan lainlain.

Keprihatinan kami bukan sahaja soal pembaziran wang pembayar cukai dalam perbelanjaan pengiklanan yang menakjubkan, papan tanda, lagu, konsert, pertandingan menulis esi dan lain-lain lagi. Kita mesti melihat kepada paling asasi sejauhmana selamatnya negara apabila kita dengan secara sukarelanya mendedahkan struktur kakitangan pegawai kerajaan terhadap firma swasta dengan kepentingan asing yang cukup kuat?

Dalam menjalankan tugasnya, APCO telah diberikan hak untuk mendapatkan bahan-bahan sensitif milik kerajaan yang saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia dinafikan hak untuk mendapatkan bahan-bahan sensitif tersebut. Maka sungguh cetek dan lurus bendul lah kita untuk percaya APCO akan mengendalikan rahsia negara secara profesional, khusunya apabila kita sedang berkonflik dengan kuasa global.

Saya berharap ahli-ahli parlimen dan para pemimpin BN memberi perhatian dalam isu yang amat serius ini. Jika kamu benar-benar patriotik, bangun sekarang. Tolonglah jangan serahkan nasib Malaysia ke tangan kuasa asing.

Tian Chua

Ahli Parlimen Batu

Ulasan: Eloklah di tubuhkan suruhanjaya menyiasat TPM Najib dan APCO. Kenapa pimpinan negara menjadi lurus betul sangat? Jangan serahkan nasib Malaysia ke tangan kuasa asing.

27 Mac 2010

IRELAND thanked Ottoman Caliphate for humanitarian aid 160 years ago

IRELAND thanked Ottoman Caliphate for humanitarian aid provided them 160 years ago
Publication time: 26 March 2010, 19:08 

President of Ireland, Mary McAleese expressed gratitude to Turkish people for humanitarian aid provided by Ottomans 160 years ago. 

"Islam News" quotes the Turkish paper "Ikinci Vatan" which reports that McAleese on her official visit to Turkish Republic during the meeting with Turkish president Abdullah Gul, has expressed the words of gratitude from the people of Ireland for humanitarian aid provided by Ottoman Caliphate. 

We would remind you, that the Ottoman Caliph Abdulmecit at the time of famine in Ireland (1840-1850), which was caused by colonial policy of Great Britain, had sent 5 commercial ships loaded with medicine and goods to the disaster area. 

It should be noted that the help was offered solely on the ground of charity to the Irishmen, considering that there was no request for help made from the British Empire who at that time ruled the whole Ireland. During that period of time more than a million people have died out of hunger, and millions became refugees, who were forced to escape to the US and also to other countries, where Irishmen initially occupied the bottom layers of society. 

Department of monitoring, 
Kavkaz Center

Comment: Praise be to Allah for enabling them to help other human beings.

Pentagon's chief: Impossible to defeat Taliban at this stage

Pentagon's chief admits that it is impossible to defeat Taliban at this stage
Publication time: 25 March 2010, 16:53 

The US powerful military pressure is yet to weaken the Taliban. It is impossible to disarm them at this stage, the Pentagon chief Robert Gates admitted a day before. 

Speaking before the members of congress, he noted that Washington's efforts in Afghanistan are not good enough to "to convince Taliban leaders that they are in fact going to lose the war". 

"And when they begin to have doubts if they could win they may be willing to make a deal. I don't think we're there yet", Al-Jazeera quoted Gates. 
  
Admiral Mike Mullen, who as the chairman of the Joint Chiefs of Staff is the top U.S. military officer, cautioned against over-optimism created by reconciliation talks in congressional testimony on Wednesday. He said the US war effort was not "going to end rapidly." 

"I worry about the sort of hope that is created immediately when you see a little light here that this is going to end rapidly," Mullen told the U.S. lawmakers. 

"I just don't see that. This is a tough, a very tough part of the process."  

Department of Monitoring,
Kavkaz Center
http://www.kavkazcenter.com/eng/content/2010/03/25/11713.shtml

Comment: Truth will WIN one day.

Bagaimana One Israel Kuasai 1Malaysia -Anwar Ibrahim

Posted by Ibnu Hasyim at 4:28 PM 

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Isreal, APCO Inc, sebelum konsep 1Malaysia diperkenalkan.

Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara APCO dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan APCO ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Kedua-dua perjanjian ini menghasilkan konsep 1Malaysia dan One Israel. Katanya lagi, kontrak dengan APCO ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.

"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. Ia disaksikan setiausaha akhbarnnya sendiri, Datuk Sharifuddin Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya. Sehubungan itu, beliau menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan APCO Inc dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu membuat penjelasan demikian di dewan rakyat hari ini sebagai menjawab perkara yang dibangkitkan Datuk Abd Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di bawah perkara 37(1) yang dibacakan sekali dengan perkara 36(12) peraturan mesyuarat minggu lalu.

Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.

APCO DI KUALA LUMPUR

Menurut Anwar, sebelum APCO beroperasi sepenuhnya di Kuala Lumpur, tokoh-tokoh pentingnya sudah bertugas untuk kerajaan Malaysia di bawah syarikat Mindteam Sdn Bhd. Paul Stadlen yang menjadi pengarah Mindteam kini adalah CEO kepada APCO di Kuala Lumpur manakala Margaret Kraus adalah CEO APCO Worldwide.

“Sekarang CEO APCO adalah individu yang banyak terlibat dalam banyak urusan di Israel,” kata Anwar.

Anwar mendedahkan syarikat APCO Worldwide merupakan sebuah firma pelobi yang ditugaskan untuk membaiki imej pemimpin yang rasuah dan buruk dari segi hak asasi.

"Apa fungsi firma pelobi di Washington? Selalunya mereka akan mengaturkan perjumpaan atau seminar untuk membaiki imej sesebuah organisasi; terutamanya pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi atau rasuah yang buruk di mata dunia.

"Jadi, fungsi utama mereka adalah untuk membaiki imej pemimpin-pemimpin (atau badan-badan) yang mempunyai rekod yang tidak baik," katanya.

Tambahnya , khidmat APCO juga digunakan oleh Israel pada 1992 oleh perdana menterinya Ehud Barak bagi menjayakan 'One Israel'. Manakala Malaysia pula menggunakan khidmat APCO bermula 4 Ogos 2009 dengan bayaran kira-kira 20 juta ringgit.

BAGAIMANA APCO MASUK

Beliau juga membawa satu laporan portal berita yang mendakwa APCO diperkenal kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh penasihat Najib, Omar Mustapha melalui sebuah syarikat perunding Ethos & Consultancy.

"Seorang penasihat APCO ditempatkan di pejabat Perdana Menteri sejak awal Perdana Menteri ambil alih jawatan.

"APCO juga didakwa terlibat secara langsung dalam menentukan pentadbiran 100 hari Najib seperti gagasan 1Malaysia," katanya lagi.

Menurut Anwar, sehingga kini Najib belum pun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaannya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.

Apa yang dibimbangi jelasnya kenyataan APCO sendiri yang menjelaskan bahawa mereka memainkan peranan penting membentuk strategi komunikasi kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya yang melibatkan rakyat.

"Sekarang, kebimbangan kita bukan sahaja latar belakang APCO, tetapi bentuk penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia dan apakah maklumat yang telah dikongsi oleh kerajaan dengan APCO," katanya lagi.

Beliau juga mendedahkan tiga tokoh utama Israel di dalam APCO iaitu Doron Bergerbest-Eilon, Ittamar Rabinovich dan Shimon Stein di mana ketiga-tiga tokoh ini adalah tokoh kanan rejim Zionis. Doron Bergerbest-Eilon adalah Ketua Bahagian Keselamatan dan Perlindungan, Agensi Keselamatan Israel (Israel Security Agency).

Itamar Rabinovich adalah Duta Israel ke Amerika Syarikat, dan Shimon Stein adalah bekas duta Israel ke Jerman. Menurut Anwar kedua-duanya adalah jawatan diplomatik paling kanan dan hanya tokoh paling kanannya sahaja yang menjawat jawatan tersebut.

MODUS OPERANDI APCO
Selain mendedahkan modus operandi APCO, Anwar juga memberitahu APCO sebagai firma pelobi banyak bergantung kepada kemampuannya menangkis soalan-soalan mengenai peranan dan penglibatannya dengan badan yang melantiknya, terutamanya pemimpin-pemimpin yang berimej buruk ini.

Sebab itulah jelasnya, tidaklah sukar untuk Barisan Nasional ingin mengabui mata rakyat dengan meminta APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan dalam 1Malaysia, atau peranan sebenar dengan kerajaan Malaysia.

Mengulas lanjut, Anwar seterusnya mendedahkan APCO dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (associates) di seluruh dunia seperti Asero dan Global Political Strategies.

"Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral.

"Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO," tambahnya lagi.

Sehubungan itu jelasnya, kontrak-kontrak yang melantik APCO tidak semestinya di antara APCO dan kerajaan semata-mata. Kerajaan katanya boleh sahaja melantik firma bersekutu APCO tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari APCO.

Beliau mengemukakan contoh negara Israel, yang mana lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International.

Namun jelasnya apabila diteliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO APCO.

"Bolehkah Perdana Menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO?

Perdana Menteri juga jelasnya perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum APCO secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur.

"Paul Stadlen yang kini mengetuai APCO di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia.

"Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO APCO dan invidu penting yang terlibat dengan akaun di Israel", jelasnya lagi.

Rekod APCO katanya menunjukkan hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi manusia atau penyelewengan harta rakyat di seluruh dunia. APCO katanya lagi, banyak memberi khidmat untuk memulihkan imej pemimpin-pemimpin sebegini yang menindas rakyat di negara masing-masing.

Tambahnya lagi, akhbar The Times of India menulis APCO mempunyai diktator-diktator di dalam senarai pelanggannya. Rencana tersebut menyenaraikan antaranya Adolf Hitler, Narendra Modi, Sani Abacha, Nursultan Abishuly Nazarbayev dan Mikhail Khodorkovsky yang didakwa ada kaitan dengan mafia.

"Soalan saya kepada Perdana Menteri – jika ini reputasi dan rekod APCO yang diketahui umum; apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat melalui perlantikan APCO sebagai perunding kerajaan?

"Apakah pentadbiran Perdana Menteri mengakui bahawa Perdana Menteri dan partinya Umno adalah setaraf dengan rejim-rejim diktator di dunia; sehinggakan khidmat APCO yang selama ini membaiki imej diktator perlu digunapakai?" soalnya lagi. (AK)
http://www.ibnuhasyim.com/

Ulasan: Untuk berlaku adil dalam 1Malaysia eloklah SIASAT PM Najib sama... Sampai hatimu Najib, membiarkan Malaysis mengambil Yahudi menjadi wali.

Monday, March 29, 2010

Pencapaian 2 tahun Pakatan Rakyat

Ahad, Mac 28, 2010

Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat. Pakatan Rakyat akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberansangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir umno-barisan nasional.

Selangor

Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM6.76 billion pada tahun 2009 dan mencipta sebanyak 20,753 peluang pekerjaan. Dari jumlah pelaburan tersebut, RM2.752 bilion (40.8%) merupakan pelaburan tempatan. Manakala Projek Industri yang diluluskan di Selangor berjumlah 278, ianya merupakan yang tertingi dicatatkan di negara ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga mensasarkan enam hingga tujuh peratus pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini daripada penguncupan sebanyak 3.87 peratus tahun lepas.

Selangor juga mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam sepanjang 2010. Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari Kerajaan Negeri mahupun sumbangan individu.

Pulau Pinang

Pulau Pinang meluluskan sebanyak 104 projek industri (ketiga tertingi). Dasar CAT (daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk merekodkan lebihan belanjawan (surplus) sebanyak RM88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM35 juta (belanjawan 2008)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul. Pengiktirafan serta bantuan kewangan (pemberian tunai) kepada pelajar terbaik SPM dan STPM serta para huffaz.

Bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM97 ribu per sekolah, RM60 ribu kepada setiap sekolah Cina dan RM63 ribu kepada setiap sekolah Tamil. Jumlah keseluruhan ialah RM11.3 juta.

Kedah

Pelaburan adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kedah telah mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009, dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4 juta dan pelaburan asing sebanyak RM559.8 juta.

Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan.
Sedangkan di bawah pentadbiran Umno-BN, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah.

Kelantan

Semenjak 20 tahun lepas Kerajaan Kelantan secara berterusan dianaktirikan akan tetapi Kelantan tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan. Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri.

Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu. Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan.

Selain itu PMBK menjadi agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum 1990. Kerajaan Negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan.

Kehadiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh. Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat.-Harakahdaily

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Ulasan: Kecuali Perak yang di telah dirampas dengan jalan bukan demokrasi. Terbukti rakyat merasa lebih selamat berada di perintah oleh PR kerana agak sukar ahli politik PR songlap duit rakyat kerana sentiasa di pantau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, Malaysia atau singkatannya BPR. Kalau salah, Menteri Besar PR tak akan tolong.

Kalau benarlah BN/UMNO gentleman, sila jangan ganggu pemerintahan PR. Tapi kalau berterusan ganggu pun ok, supaya rakyat boleh nampak dengan mata sendiri betapa demokrasi tidak diberi peluang untuk subur membumi oleh BN/UMNO.

Arkib: Sumpah Najib di Masjid Guar Perahu dulu

22 Ogos, 2008 22:58 PM
Najib Bersumpah Tidak Kenal Dan Tiada Kaitan Dengan Altantuya

BUKIT MERTAJAM, 22 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak bersumpah secara Islam di Masjid Jamek Guar Perahu dekat sini malam ini bahawa beliau tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh pada 2006 di Puncak Alam, Selangor.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata: "Walaupun ini bukan sumpah rasmi yang dibuat atas Al-Quran.

"Dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan perempuan Mongolia," katanya pada akhir ucapannya di majlis penyampaian bantuan RM1.4 juta di Masjid Jamek Guar Perahu dekat sini.

Peruntukan itu adalah untuk membaik pulih, menaik taraf dan membeli peralatan baru bagi lapan buah masjid dan 20 surau bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti… -- BERNAMA.

Yahudi Kurang Ajar, Angkuh, Sombong…

Oleh IZMAS

DENGAN angkuh dan sombong, rejim Zionis di bawah Perdana Menteri Benjamin Netanyahu tidak memperduli bantahan Amerika Syarikat (AS) dan kecaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menghentikan pembinaan haram 1600 penempatan baru Yahudi di timur Baitulmaqdis. Malah rejim berdegil akan menambah bina 20 buah lagi rumah baru di tempat sama setelah diluluskan parlimen Israel tanpa memperduli kemarahan berterusan penduduk Palestin dan umat Islam seluruh dunia. 

Kedegilan dan keangkuhan rejim Yahudi itu sudah menimbulkan kemarahan pentadbiran Barrack Obama yang enggan berunding lanjut dengan rejim itu selagi Israel tidak menghentikan segera pembinaan penempatan haram di Baitulmaqdis. Lawatan 2 hari Netanyahu ke Washington tidak mendapat layanan dan liputan istimewa seperti lazimnya yang menampakkan sambutan luarbiasa paling dingin diberikan pada sekutu rapat AS itu sejak berdekad yang lalu. 

Beliau sebenarnya dipulaukan dalam lawatannya pentingnya ke Washington oleh Presiden Obama yang enggan berbincang panjang dengannya selagi beliau berkeras dan tidak mahu berkrompomi memberhentikan segera semua projek pembangunan haram di wilayah Baitulmaqdis yang dipertikai antarabangsa. Setiausaha Agong PBB, Ban Ki-moon sudah memberi amaran keras rundingan damai Timur Tengah tidak akan disambung semula selagi rejim tidak segera menghentikan membina rumah baru di timur Baitulmaqdis. 

Sehari sebelum bertemu Obama, Netanyahu dalam ucapannya di hadapan pertubuhan pelobi Pro-Israel dan Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel (AIPAC) di Washington, menegaskan bahawa Baitulmaqdis bukan wilayah penempatan Yahudi yang menjadi rebutan tetapi sebenarnya ibu negara Israel. 

Beliau berkata, negara Yahudi itu tidak akan menyerahkan Baitulmaqdis kepada penduduk Palestin, sebaliknya menjadikan bandar suci itu sebagai ibu negaranya walaupun tidak diiktiraf dunia antarabangsa. Menurutnya, orang Yahudi membangunkan Baitumaqdis sejak 3000 tahun lalu dan akan terus membangunkannya sehingga hari ini. Katanya lagi, beliau hanya meneruskan dasar-dasar kerajaan Yahudi sejak 1967 apabila Israel menang dalam peperangan dengan jiran-jiran Arabnya, menawan timur Baitulmaqdis dan dijadikan sebagai sebahagian wilayahnya. 

Kemarahan dunia tidak tertumpu kepada negara-negara Islam dan Washington saja. Britain sudah mengusir duta Israel di negara itu, Ron Proser atas tuduhan Agen Perisikan Rahsianya (Mossad) terlibat memalsukan passport palsu Britain dalam kegiatan merancang pembunuhan Komander Hamas, Mahmoud al-Mahbuh di sebuah hotel di Dubai pada Januari lepas. Perbuatan keji agen perisikan Mossad itu sudah memperkecil kewibawaan kedaulatan negara Britain dan seolah mempermain kebolehan pihak berkuasa keselamatan negara Inggeris itu di mata dunia. 

Keangkuhan, kedegilan dan kesombongan bangsa Yahudi sudah lama diberitakan panjang lebar dalam AlQuran terutama Surah AlBaqarah. Mereka adalah dari bangsa yang tidak pernah bersyukur dan berterimkasih kepada segala pemberian, kesenangan dan pertolongan yang diberikan oleh Tuhan untuk kaumnya. Kaum mereka telah diselamatkan oleh Nabi Musa dari kezaliman Firaun yang ingin menghapuskan mereka, tetapi mereka tidak bersyukur dan tetap engkar dengan perintah Tuhan setelah diberi pertolongan. 

Mereka mendakwa berasal dari darah keturunan Bani Israel yang melahirkan ramai nabi-nabi dan rasul yang dimuliakan dan bijaksana. Mereka mendakwa dari bangsa pilihan dan kaum selain mereka di dunia ini - termasuk bangsa Arab – adalah hina dan halal darahnya dibunuh dan dikorbankan. 

Demikianlah sehingga Allah Yang Maha Mengetahui menurunkan Nabi Besar Baginda Muhamad SAW dari keturunan Arab Quraish - sebagai pesuruh terakhir yang dijanjikan - mereka tidak dapat menerima kerana Muhamad bukan dari keturunan Bani Israel. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Muhamad bukan dari keturunannya dan marahkan ketentuan Tuhan yang sudah dijanjikan. 

Begitu angkuhnya pendirian mereka sehingga membuat berbagai rancangan dan perancangan ingin membunuh Nabi yang ditunggu itu - walaupun sedar dan sudah diberitahu dalam kitabnya - bahawa Nabi yang dijanjikan itu sebenarnya berasal dari susur galur keturunan yang sama. Baginda Muhamad SAW bermula dari darah Nabi Ismail (beribukan Siti Hajar) dan sepupu kepada Nabi Ishak (beribukan Siti Sarah). Keduanya putera dari bapa yang sama - Nabi Ibrahim Kalimullah yang amat dimuliakan Allah. 

Begitulah angkuhnya Yahudi tidak mahu menerima Baginda Muhamad sebagai utusan dan pesuruh terakhir yang dijanjikan untuk semua kaum dan agama – termasuk kaum Yahudi - dan Islam adalah agama sebenar yang diterimaNya, bukan agama-agama lain seperti Kristian atau Yahudi. Seorang penganalisis politik terkenal berbangsa Yahudi yang agak krtikal dengan bangsanya sendiri berpendapat secara sinikal, kebanyakan masalah besar di dunia ini boleh diselesaikan apabila bangsa Yahudi dapat dihapuskan dari muka bumi ini.  

Seorang bekas pensyarah sejarah di Maktab Perguruan yang sudah bersara pernah bercerita kepada penulis secara berseloroh bahawa dunia ini boleh menjadi aman damai jika bangsa-bangsa Yahudi, Kristian dan Islam boleh hidup bersama, bersatu hati dan mengikut suruhan Tuhan yang satu. Mereka semua gulungan ahli kitab dan menerima agama mereka dari utusan dan pesuruh yang diturunkan dari Tuhan yang sama seperti yang diceritakan dalam kitab suci. 

Bolehkah mereka bersatu hati? Bolehkah bangsa Yahudi dan rejim Zionis itu yang terkenal zalim dan keras kepala itu mengalah - memulangkan semua wilayah yang sudah ditawan dalam peperangan tahun 1967 dulu kepada jiran-jiran Arabnya terutama wilayah suci Baitulmaqdis?

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=6772

UMNO SUKAR MAHU TIDUR LENA JIKA ANWAR ADA?

Anwar Dedah Tembelang Umno BN Kepada Rakyat Hulu Selangor
KUALA KUBU BHARU 27 MAC: Rakyat Hulu Selangor malam semalam didedahkan dengan pelbagai penyelewengan yang selama ini dicuba diselindung pentadbiran kerajaan Umno Barisan Nasional.

Bertempat di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu yang dihadiri hampir 10,000 orang, satu persatu tembelang Umno BN dibongkar pimpinan Pakatan Rakyat termasuk tokoh utama, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pimpinan Pakatan Rakyat menyentuh pelbagai isu kepentingan negara, antaranya kehilangan enjin pesawat TUDM, penyelewengan kontrak kapal selam Scorpene, gejala rasuah dan sebagainya.

“Saya, kalau saudara tengok sudah 12 tahun yang dicerca. Sebulan dua ini, panas balik sebab Umno tidak mampu berdepan dengan rakyat. Saya diaib, ditelanjangkan, dipukul, dipenjara, dituduh berbagai-bagai.

"...Khianat negara, pecah belah, guna Agong, guna tentera, semua.. sebut satu kesalahan, Anwar Ibrahim!” cabar Anwar pada ceramahnya kepada pimpinan Umno BN.

Beliau turut memberi gambaran perkembangan politik di negara ini termasuk suasana sebenar yang berlaku dalam sidang Parlimen yang menjadikan beliau sebagai objek sasaran tohmahan.

“Titah di-Raja Yang di-Pertuan Agong, dibahaskan tetapi tidak jadi bahas titah di-Raja. Yang dibahaskan ialah pidato Anwar Ibrahim di Parlimen minggu ini.

"Hari-hari bangun tidur sahaja, orang Umno tidak ada lain, Anwar Ibrahim tidak bagus. Eh, saya kata, tajuk ini titah Agong ke apa? Punya alerginya dia,” Anwar menyindir.

Meskipun Anwar dituduh sebagai ejen Yahudi dan ejen Hindu, ironinya kerajaan UMNO-BN yang mengaku memperjuangkan Malaysia sebagai negara Islam sebaliknya menggalakkan perjudian.

“Islam agama rasmi tapi lesen judi tambah, tak malukah kita? Di Parlimen, ahli-ahli parlimen yang Melayu, Islam, Keadilan, PAS bangkit. Kita menentang Najib tambah lesen judi, Umno diam.

"Yang sokong kita siapa? Cina, termasuk Cina DAP, Anthony Loke. DAP dan Pakatan Rakyat tidak bersetuju beri banyak lesen judi. Dunia sekarang sudah terbalik
,” hujah Anwar lagi 
Diposting oleh BRIGED MP SEGAMBUT 

A SAMAD SAID: Menyukat degup jantung negara di Memali

A Samad Said (Sasterawan Negara)

DUA minggu lalu saya kembara ke Kedah. Saya ke Memali sebenarnya. Saya menyukat degup jantung negara. Rancangan awalnya saya hanya ingin ke sebuah madrasah di Padang Lumat — berceramah syahdu sambil menderma buku. Tapi, terlanjur dekat, saya terindu ke Memali.

Selama ini saya hanya mendengar sejarah pilunya. Sekelompok pendakwah di situ diwarnakan sebagai penyebar ajaran sesat yang jati.

Dakwaan pedih itulah yang mendorong saya untuk mencari setitis kebenaran seputarnya. Kisah peristiwa Memali berdarah itu sebenarnya tertinggal di simpang jalan. Kita dipamerkan dua buah lukisan abstrak yang sangat berantakan. Dari sisi pemerintah, kelompok pendakwah ini 'sah' penyebar ajaran sesat. Tapi, dari sisi keluarga Allahyarham Ibrahim Libya, kelompok itu diluhuri perjuangan syahid.

Saya cuma ingin menaati pesanan Ka'ab bin Malik. Kebenaran sangat utama. Sahabat Rasulullah s.a.w itu bercakap benar. Ka'ab mengakui kesilapannya terlupa menyertai rombongan pejuangan syahid ke Tabuk. Allah Yang Maha Kuasa memaafkan dosa hambanya itu kerana ketulusan pengakuan hamba tersebut. Saya cuba mengunyah iktibar di sebaliknya.

Dalam negara kita kini memang banyak kecuaian sedemikian. Lihatlah - terhidu wabak menyonglap dana; tersebar istilah berubah makna; terpercik ghaib enjin 'jet' sendiri; tertular pejuWang melelong diri.

Apabila kita mula ghairah menimbus kebenaran sebagai kepalsuan — dan serentak — menggali kepalsuan sebagai kebenaran, kita mereputkan akar peribadi bangsa. Jika berlanjut, kita bakal menjadi bangsa yang sebal.

Lihat, kita sudah jarang mengingati Visi 2020. (Adakah lagi wawasan itu?) Kita semakin jarang menyebut agenda pertingkat penduduk ke 40 juta. (Memang adakah dasar rasminya?) Kita mula melupai Islam Hadhari. (Apakah kini memang harinya terhad?)

Sebaliknya, dalam rahsia, kita mula mempertanya tentang kerugian bilionan di bawah kuasa dua orang bekas Perdana Menteri; berhujah tentang pencemaran makna 'royalti'; berdebat tentang mengapa selepas 6 Perdana Menteri Melayu berkuasa kita masih juga terpaksa menjerit Melayu terancam?

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25739:a-samad-said-menyukat-degup-jantung-negara-di-memali&catid=99:seni-budaya&Itemid=143


Kelantan terpaksa eksport pekerja kerana mundur

KOTA BHARU 28 Mac – Kelantan boleh menjadi seperti Bangladesh dan Indonesia yang terpaksa ‘mengeksport’ tenaga kerja rakyatnya ke luar negara kerana masalah kemunduran. Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, sindrom penafian tentang keadaan sebenar yang berlaku menjadi punca Kelantan terus mundur dan rakyatnya terpaksa merantau ke tempat lain.

Menurut beliau, kerajaan Pas Kelantan seharusnya berhenti menyalahkan pihak lain di atas kegagalan mereka membangunkan negeri ini.

“Kita sepatutnya menerima hakikat dan selepas itu barulah kita boleh cari jalan bagaimana hendak menyelesaikan masalah.

“Kalau kita tidak terima hakikat ini dipanggil sindrom penafian, sindrom menidakkan, ‘Eh! kita molek dah Kelantan ni, orang kata tak molek kita kata molek dah,’ ini budaya penafian” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) cawangan Kelantan kali ke-36 di Perdana Resort di sini hari ini…

Ulasan: Oleh itu Petronas kena tunaikan janji untuk bayar royalty minyak kepada kerajaan negeri untuk digunakan untuk merancakkan pertumbuhan ekonominya.

Dua beradik rentasi Selat Melaka

TELUK KEMANG 28 Mac – Sepasang adik beradik hari ini melakar sejarah manis apabila berjaya melengkapkan renangan tanpa henti merentasi Selat Melaka sekali gus mengukir nama dalam Malaysia Book of Records bagi kategori berasingan.

Zahra Ma‘soumah Abdul Halim, 18, dan Salman Ali Shariati Abdul Halim, 12, melengkapkan renangan sejauh 60 kilometer (km) bermula dari Tanjung Medang, Pulau Rupat, Indonesia dan berakhir di pantai Batu 4 dekat sini.

Salman yang memulakan renangan kira-kira pukul 1.20 petang semalam itu tiba di sini pada pukul 12.20 tengah hari dengan catatan masa renangan 23 jam.

Hasil kejayaan itu, Salman kini memegang rekod sebagai perenang termuda bagi jarak jauh.

Sementara itu, Zahra yang memulakan renangan kira-kira pukul 1.40 petang dari Pulau Rupat berjaya menamatkan renangan dengan masa sama iaitu 23 jam apabila tiba pukul 12.40 tengah hari.

Bagi Zahra, kejayaan itu menjadikan dirinya sebagai wanita pertama negara ini untuk berenang jarak jauh…

Ulasan: Tahniah tapi kena jaga agama.  

RM900 juta bina prasarana luar bandar tahun ini

PENAMPANG 28 Mac - Sebanyak RM900 juta daripada peruntukan RM18 bilion di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) akan dibelanjakan tahun ini untuk membina prasarana dan mewujudkan peluang aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, melalui peruntukan itu, projek atau program yang bersifat menyeluruh akan dilaksanakan.

"Kita akan pastikan projek atau program bukan sahaja meliputi pembangunan prasarana tetapi mewujudkan peluang-peluang ekonomi kepada penduduk luar bandar.

"Ini bagi memberi keseimbangan antara pembangunan prasarana dan ekonomi kerana keduanya sama penting," katanya pada sidang akhbar di Program Juara Rakyat di Kampung Madsiang di sini hari ini.

Katanya, pendekatan tersebut adalah bagi menaik taraf kehidupan rakyat luar bandar supaya tidak terus ketinggalan dalam banyak segi.

Terdahulu ketika berucap, beliau berkata, pembinaan jalan raya sepanjang 700 kilometer (km) seperti yang disasar dalam NKRA pada 2012, kini sudah lebih 50 peratus siap.

Beliau memberitahu, menjelang April ini, sepanjang 472 km jalan raya akan siap dibina di kawasan luar bandar seluruh negara dan selebihnya akan disiapkan mengikut jadual.

Sementara itu, beliau mengumumkan peruntukan serta-merta sebanyak RM3.2 juta khusus untuk membina 80 buah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di daerah ini.

Menurut beliau, pembinaan rumah PPRT itu adalah bagi membantu penduduk miskin di sini yang rata-ratanya tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Pada masa sama, kata Mohd. Shafie, pihaknya juga memberikan peruntukan RM100,000 untuk menaik taraf dewan di kampung itu yang ketika ini hanya mempunyai atap dan pentas…

Ulasan: Pastikan RM900 juta benar-benar turun kepada rakyat. Kita harap ahli politik BN/UMNO yang pelbagai peringkat tidak menahan lukah di pergentingan.

Saya akan nikah Adam - Chek

BALING 28 Mac - Pelajar pintar, Halimaton Abdul Rashid, 15, yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu mengesahkan dia kini dalam proses untuk menikah dengan teman lelakinya. "Kami belum bernikah tapi dalam proses," itu pengakuan Halimaton, pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Parit Panjang di sini kepada salah seorang saudaranya petang ini.

Pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2007 itu menyatakan dia sudah nekad untuk bersama teman hidupnya yang dikenali sebagai Adam.

Malah, remaja perempuan itu yang kini berada di sebuah daerah di negeri ini menyatakan dia juga sudah mendapat tawaran bekerja di sebuah restoran di situ.

"Saya hanya mempunyai wang RM50 dan tidak minat lagi untuk belajar. Saya hanya ingin bernikah dengan teman lelaki saya sebab dia kacak….

Ulasan: Eloklah cepatkan pernikahan mereka untuk mengelakkan rasukan nafsu dan syaitan yang tak pernah bercuti daripada menyesatkan manusia. Cuma tak perlulah lari dari rumah. Dan pastikan pilihan pasangan adalah berdasarkan agama bukan semata-mata kerana kacak @ cantik.

Jasa bekas pemimpin terus dikenang

TANJUNG MALIM 28 Mac - Jasa Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak perlu terus dikenang kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang berjaya menukar wajah dan sejarah negara ini, selain banyak menyumbang kepada pembaharuan dasar kerajaan. 

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Tun Abdul Razak telah berjaya mencipta landskap pembangunan negara melalui dasar-dasar yang masih terus menjadi tunjang kemajuan negara sehingga kini.

"Jika jasa dan sumbangan Tun Abdul Razak ini tidak dihuraikan secara grafik atau didedahkan fakta-fakta sejarahnya, maka kita akan kerugian.

"Justeru program bagi memperingati negarawan dan pemimpin seperti Tun Abdul Razak akan kita teruskan dari masa ke semasa," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Mengenang Negarawan Tun Abdul Razak di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini…

Ulasan: Mentang-mentang anak Tun Razak sekarang menjadi PM Malaysia semua orang puji meleleh. Tak semestinya sifat ayah di ikut oleh anak. Jangan menipu diri sendiri dan rakyat.

Pendidikan agama atasi gejala sosial SAJA?

KUALA LUMPUR 28 Mac – Pendidikan agama dan kekeluargaan merupakan elemen terpenting dalam menangani gejala sosial yang semakin membimbangkan, termasuk meningkatnya kejadian mengandung anak luar nikah serta membuang bayi.

Penasihat Islamic Relief Malaysia (IRM), Mejar Jeneral (B) Datuk Megat Mohd. Yusof Megat Mahmud berkata, pelaksanaan kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Karyawan serta Astro perlu memberi perhatian kepada isu tersebut.

Beliau berkata, dua elemen penting dalam masyarakat iaitu pendidikan agama dan kekeluargaan merupakan perkara yang sangat penting. 

“Dua elemen tersebut jika dilaksanakan berupaya memberi kesedaran kepada masyarakat. Saya harap melalui kempen ini masyarakat lebih terarah untuk sama-sama melibatkan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Megat Mohd. Yusof, sebagai sebuah NGO yang sentiasa terlibat dengan program amal dan kemasyarakatan, pihaknya sentiasa memberi sokongan padu kepada Utusan Malaysia dalam menjayakan kempen tersebut…

Ulasan: Semua masalah termasuk masalah sosial yang sedang di alami di Malaysia sekarang bermula bila agama tidak di amalkan sebagai cara hidup. Pastikan agama tegak dan perkasa disetiap kementerian. Tapi ini akan di tolak oleh ramai ahli politik UMNO...

Sedia adakan bancian kekayaan kaum

BENTONG 28 Mac - Kerajaan sedia mengadakan bancian komprehensif mengenai kekayaan semua kaum di negara ini dan seterusnya mematahkan dakwaan kononnya orang Melayu membolot segala-galanya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sedia menimbang cadangan itu yang dilontarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad jika ia sesuai dilaksanakan.

"Saya menghargai pandangan beliau, ertinya kerajaan memandang berat cadangan tersebut dan sebenarnya data-data memang ada kerana kita membuat penilaian.

"Dalam bidang ekonomi umpamanya, peratusan (kekayaan) kaum diperoleh setiap tahun, tetapi dalam kes ini mungkin kita perlu sentiasa perbaharui data-data yang ada," katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas menutup Konvensyen Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kebangsaan di Institut Aminuddin Baki di Genting Highlands di sini hari ini…

Ulasan: Orang Melayu terbahagi kepada dua golongan – UMNOputra dan tidak UMNOputra. Tolonglah senaraikan.

Kerajaan Kanada sokong pengharaman purdah

MONTREAL 28 Mac - Kerajaan Persekutuan Kanada mempertahankan rang undang-undang kontroversi yang dibentangkan di wilayah Quebec mengharamkan wanita Islam memakai burka dan purdah di institusi awam. Jurucakap Perdana Menteri Stephen Harper, Dimitri Soudas memberitahu akhbar Globe and Mail semalam, rang undang-undang yang disyorkan oleh kerajaan Quebec itu adalah munasabah.

Beliau, bagaimanapun mengakui ahli politik peringkat Persekutuan 'tidak mempunyai undi di dewan perundangan wilayah'.

Rang undang-undang berkenaan, dibentangkan Rabu lalu di Dewan Perundangan Quebec oleh ahli dewan Parti Liberal, Kathleen Weil yang juga Menteri Kehakiman Quebec, bertujuan mengharamkan kakitangan kerajaan wilayah daripada memakai purdah di tempat kerja.

Jika diluluskan, rang undang-undang itu juga akan mengharamkan wanita daripada memakai burka atau purdah apabila berurusan untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan wilayah, termasuk institusi pendidikan, sekolah swasta yang menerima bantuan kerajaan, pusat asuhan dan pusat kesihatan…

Ulasan: Bila negara Barat jadi sibuk mencampuri fikih agama Islam. Agama ialah suatu yang hebat melebihi kuasa dunia. Mungkin ini salah satu jalan menuju hidayah? 

Palestin tetap enggan terus rundingan dengan Israel

SIRTE 28 Mac - Presiden Palestin, Mahmud Abbas mengulangi pendiriannya menolak rundingan damai tidak langsung dengan Israel anjuran Amerika Syarikat (AS) selagi rejim Zionis itu tidak menghentikan kegiatan pembinaan perumahan haram Yahudi di wilayah Palestin.

Beliau mengulangi pendirian tersebut ketika para pemimpin Arab menghadiri sidang kemuncak mereka di bandar Mediterranean ini di Libya bagi merapatkan barisan berhubung Baitulmaqdis.

Sidang itu juga membincangkan hubungan dengan Iran, termasuk cadangan untuk mengadakan dialog dengan Teheran.

Abbas dalam ucapan pada pembukaan sidang dua hari itu melahirkan kebimbangan bahawa proses damai Asia Barat kini dalam bahaya dan beliau menggesa para pemimpin Arab yang lain supaya bertindak untuk 'menyelamatkan' Baitulmaqdis.

"Kami tidak boleh menyambung semula rundingan tidak langsung selagi Israel meneruskan dasar penempatan haramnya dan mengekalkan status quo," kata beliau selepas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon berucap untuk meminta sokongan Arab terhadap rundingan damai.

Abbas menuduh Israel mahu melenyapkan identiti Arab di Baitulmaqdis menerusi kempen 'pembersihan etnik'.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa Baitulmaqdis Timur yang majoriti penduduknya adalah Arab mesti menjadi ibu negara Palestin pada masa depan.

"Kami selama ini menganggap Baitulmaqdis sebagai permata mahkota dan pintu keamanan," katanya….

Ulasan: Bila Palestin sudah semakin berani bersuara iaitu rundingan hanya apabila negara haram Israel tunduk kepada keadilan.

BN tidak ketandusan calon

BENTONG 28 Mac – Barisan Nasional (BN) tidak ketandusan calon berkelayakan untuk diketengahkan bagi mewakili parti itu merampas semula kerusi Parlimen Hulu Selangor. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN memiliki ramai pemimpin yang sesuai, tetapi calon yang dipilih nanti merupakan individu yang diterima baik oleh pengundi di kawasan tersebut.

“Dalam soal pemilihan calon, ia bukan perkara baru kerana setiap kali pilihan raya, asas yang sama digunakan dalam menentukan siapa yang selayaknya mewakili BN.

“Banyak kriteria dinilai sebelum calon diputuskan dan dalam hal ini, kita melihat ramai pemimpin yang sesuai sehingga menimbulkan dilema kepada pucuk pimpinan parti,’’ katanya dalam nada berjenaka.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai calon yang paling sesuai mewakili BN pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor nanti…

Ulasan: BN mungkin ramai calon tapi ketandusan calon UMNO yang bersih dalam semua segi. Rakyat begitu merindukan calon yang bersih. Cukuplah pilihan raya kecil Bagan Pinang 2009 sebagai pengajaran.

 

Thursday, March 25, 2010

Qobin mahu tawan 7 puncak di tujuh benua

2010/03/25 SEPANG: Selepas menawan Gunung Everest pada 2004, Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin atau Qobin akan mencatat sejarah tersendiri apabila bakal melaksanakan satu misi lebih besar untuk menawan tujuh puncak tertinggi di tujuh benua mulai tahun ini, dikenali sebagai Ekspedisi 7 Puncak 7 Benua 7 Nilai. 
 
“Walaupun pernah mendaki gunung sama enam tahun lalu, saya terpanggil untuk meneruskan hasrat menawan tujuh puncak di benua berlainan selepas membaca buku bertajuk The 7 Summits yang menceritakan mengenai pengalaman beberapa pendaki yang pernah melakukan perkara sama.

“Namun, saya terfikir belum ada lagi rakyat Malaysia dan mereka yang beragama Islam mencipta sejarah sama dan berhasrat memenuhi impian itu,” katanya selepas majlis pelancaran Ekspedisi 7 Puncak 7 Benua 7 Nilai yang disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra, di sini, semalam.

Qobin berkata, selain Gunung Everest, enam puncak lain turut akan dijelajah Gunung Kilimanjaro, Tanzania; Gunung Vinson Massif, Antartika; Gunung Aconcagua, Argentina; Gunung McKindley, Amerika Utara; Gunung Elbrus, Rusia dan Gunung Cartzen Pyramid, Australasia…

Ulasan: Selepas tawan 7 puncak, baliklah untuk bersama-sama menawan Malaysia utuk membebaskannya dari penjajahan BN/UMNO. Bersama kita tamatkan penjajahan BN/UMNO ke atas negara yang tercinta. Doakan supaya negara kita kemudiannya menjadi negara yang adil, telus dan bebas dari RASUAH.

Judi Sukan Berlesen: PM Dapatkan Pungutan Suara Rakyat?

Judi Sukan Berlesen: Kalau PM Bermaruah..  

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Sebelum membenarkan perjudian sukan berlesen di Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar mendapatkan pungutan suara rakyat di peringkat nasional.

Beliau dicabar berbuat demikian kerana kesediaan beliau mempertimbang proposal tersebut sempena musim bola sepak Piala Dunia tidak lama lagi, seperti yang dilaporkan akhbar The Star kelmarin.

“Kalau (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak betul-betul pemimpin Umno yang bermaruah (dalam) memperjuangkan kononnya pejuang Melayu-Islam, Pakatan Rakyat mahu beliau dapatkan pungutan suara nasional sebelum menghalalkan perjudian sukan berdaftar di Malaysia,” tegas Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Dzulkifli yang juga Pengarah Lajnah Seni dan Budaya PAS Pusat berkata, rakyat khususnya ahli-ahli Umno serta kaum Melayu berhak mengetahui inisiatif terbaru kerajaan kerana amalan perjudian itu membabitkan sensitiviti beragama Islam dan adat resam mereka masing-masing.

Disebabkan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa motif di sebalik pertemuan Najib dengan pihak terbabit, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, Presiden Kumpulan Berjaya Corp. Bhd. di luar negara supaya masyarakat Melayu-Islam tidak mengetahui inisiatif Najib itu. 

Mewakili PAS, beliau berkata, bukan sahaja Islam mengharamkan amalan judi sama ada berlesen atau haram, malah semua agama sekalipun turut mengharamkan amalat tersebut. Sehubungan itu, beliau menasihatkan Najib dan kerajaan supaya menggalakkan cara hidup yang lebih sihat dengan tidak mengiktiraf amalan judi berlesen di tanah air.

Maka, menurut beliau, tidak salah sekiranya Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Foke yang mewakili DAP menegaskan bahawa perjudian sukan berlesen tersebut mengakibatkan kebejatan sosial dalam masyarakat, khususnya di kalangan kaum Tiong Hua.

Sebelum pada itu, Loke, Pengerusi DAP Negeri Sembilan menegaskan bahawa inisiatif tersebut mengakibatkan impak sosial yang tinggi dalam masyarakat. “Kita lihat ia (perjudian sukan berlesen) dari segi isu (dan) impak yang akan melanda masyarakat kita, khususnya kaum Tionghua sendiri,” jelas beliau.

Pengalaman melihat sendiri realiti dalam keluarga masyarakat Tionghua, perjudian juga mengakibatkan rakyat terjebak dalam budaya memijam duit riba daripada along.

“Khususnya impak (ke atas) kaum muda Tionghua, itu masalah besar (apabila) ambil (pinjaman) ‘along’ untuk berjudi dan ada keluarga terpaksa jual rumah (atau) jual kereta untuk selamatkan anak-anak mereka,” beliau menambah.

Memetik suatu kenyataan dari akhbar tempatan beberapa hari lalu, Loke turut bertanya, adakah Najib bercadang menjadikan industri judi salah satu injin untuk memperkasa Model Ekonomi Baru (MEB). Beliau mempersoal demikian kerana Najib sendiri mengaku bahawa industri perjudian berkemungkinan akan menjadi salah satu bahagian dalam menangani defisit kewangan melalui MEB.

Bercakap dalam kenyataan yang sama di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution pula mempersoal kaedah Najib dan kerajaan untuk menjana pendapatan negara, menggunakan MEB. “Apakah kayu ukur pertimbangan kerajaan ini semata-mata untuk mengurangkan defisit kewangan dan meningkatkan pendapatan melalui cukai judi,” soal beliau.

Tegas beliau, sekiranya Najib bercadang menjana pendapatan negara melalui hasil cukai perjudian, beliau menegaskan bahawa kaedah tersebut tidak munasabah. Beliau turut sependapat dengan Dzulkefly dan Loke, inisiatif Najib tersebut seolah-olah mencerminkan beliau langsung tidak mempertimbang impak berantai seperti kebejatan sosial di kalangan rakyat, ekoran penggalakan industri perjudian berlesen tersebut.

Selasa lalu, akhbar The Star melaporkan Ascot Sports Sendirian Berhad, iaitu satu anak syarikat Kumpulan Berjaya telah diberikan konsesi lesen perjudian sukan berdaftar selama 20 tahun oleh Kementerian Kewangan pada era Tun Dr. Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri, tahun 2003 yang lalu.

Melalui industri perjudian tersebut, Malaysia sanggup menerima bayaran sebanyak RM25 juta pada setiap tahun. Pun begitu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri selepas Dr. Mahathir mengetepikan proposal tersebut. (AK)

Patpong KL : Bandaraya Pelacuran?

Patpong KL

KUALA LUMPUR: Tidak ubah seperti kawasan pelacur ‘Patpong’ di Bangkok, Thailand, apabila sebatang jalan berhampiran kelab malam terkemuka di ibu kota cuba meniru suasana ‘lorong panas’ itu dengan menawarkan deretan gadis yang berdiri di bahu jalan sambil menanti pelanggan. 

Jolokan Patpong di kalangan pelanggan di kawasan terbabit bukan kata-kata kosong apabila puluhan pelacur dilihat mula membanjiri kawasan Jalan Gelang di sini, bermula jam 9 malam sehingga awal pagi. 

Lebih mengejutkan apabila ada antara pelacur terbabit tanpa segan silu sanggup melakukan hubungan seks secara terbuka di lorong sunyi berhampiran khusus untuk pelanggan yang tidak dapat menahan gelodak nafsu… http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PatpongKL/Article 

Ulasan: Semuanya bergantung kepada pemimpin no. 1 kita iaitu PM Najib. Kalau PM Najib memang bencikan pelacuran, maka menteri-menterinya yang ramai dan kakitangan kerajaan akan ikut membenci (walaupun awalnya, mungkin tidak ikhlas) pelacuran dan akan membuat inisatif tegas yg menjadikan pelacuran MERANA dan MEREMPAT di negara kita...

Dan rakyat yang sayangkan negara betul2 nak dengar bila kemurkaan PM Najib terhadap PELACURAN...

Agen Israel dalam sistem komunikasi PDRM

Oleh CikguBard

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?

Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.
http://chegubard.blogspot.com

Ulasan: Kerajaan BN/UMNO tidak sayangkan negara kita bila sistem komunikasi polis pun diserahkan kepada ejen Israel. Siapa yang bertanggungjawab membuat kalut se negara? IGP? Menteri Dalam Negeri? atau PM sendiri? Siasat jangan tak siasat.

&

SIAPA PENGKHIANAT.... 

Pelbagai tohmahan dan kata nista dilemparkan kepada Dato` Seri Anwar Ibrahim antaranya beliau adalah agen Yahudi. Bahkan ada yang mengatakan bahawa beliau adalah agen Kristian.

AMK Gelang Patah telah menerima maklumat dari seorang individu yang mengatakan bahawa PDRM telah dan sedang meningkatkan sistem komputer sepenuhnya dalam usaha memperbaiki kecekapannya memerangkap dan memintas maklumat. Tiga syarikat telah disenarai pendek untuk membuat semua kerja-kerja berkaitan menaik-taraf sistem komputernya.

Tiga syarikat tersebut ialah : Master Plan Consulting Sdn Bhd, System Protocol Information Sdn Bhd dan D. G. Kom Sdn Bhd. Walaubagaimanapun ketiga-tiga syarikat ini terikat dengan syarat mesti sub-kontrakkan kerja tersebut kepada Asiasoft (M) Sdn Bhd.

Siapakah yang menaungi Asiasoft dan bagaimana ia terkait dengan PDRM dan hubungannya dengan Yahudi?

Master Plan Consulting Sdn Bhd (357303-V)

Dipunyai oleh Raja Azlina Binti Raja Abdul Jalil (3 juta saham) dan Ahmad Firdaus Bin Abdul Halim (2 juta saham). Mereka adalah pengarah syarikat. Modal berbayar Syarikat adalah RM5 juta.

System Protocol Information Sdn Bhd (603787-M)

Dipunyai oleh Aswadi Anuar Bin Shamsudin (350,000 saham) dan Mohd Supardi Bin Abdul Majid (150,000 saham). Pengarah syarikat ialah Aswadi dan Raziah Binti Sidek yang menggunakan alamat kediaman yang sama, kemungkinan mereka adalah suami isteri. Modal berbayar syarikat adalah RM500,000.

D. G. Kom Sdn Bhd (87537-V)

Dimiliki oleh Saki Almahdaly Holdings Sdn Bhd (6,075,000 saham), WYN Resources Sdn Bhd (1,215,000 saham), PFB & Anak-anak Holdings Sdn Bhd (405,000 saham) dan Prodaya Sdn Bhd (405,000 saham). Pengarah syarikat adalah Syed Abd Kadir Bin Ibrahim, Dato’ Mohammad Radzi Bin Salleh dan Nor Azman Bin Abdul Karim. Modal berbayar syarikat ialah RM7.6 juta.

Asiasoft (M) Sdn Bhd (150529-H)

Dimiliki oleh Bees System Sdn Bhd (350,000 saham) dan Asiasoft (Singapore) Pte Ltd (15,000 saham). Pengarah syarikat adalah Toh Kian Hong (warganegara Singapura), Lim Tze Kuang dan Lim See Hui. Modal berbayar syarikat adalah RM500,000.

Bees System Sdn Bhd (422358-V)

Dimiliki oleh Lim See Hui (12,500 saham) dan Lim Tze Kuang, Lim Mee Yoke, Lim Moi Lan, Lim Mooi Kim dan Lim Mee Chin ( memiliki RM2,500 saham setiap seorang). Pengarah syarikat adalah Lim Mooi Kim, Lim Mee Yoke, Lim See Hui, Lim Mee Chin dan Seow Bee Ching @ Chee Bee Ching. Syarikat memiliki harta bernilai RM7.7 juta dan tanggungan berjumlah RM4.8 juta. Modal berbayar syarikat berjumlah RM25,000.

Asiasoft (Singapore) Pte Ltd

Toh Kian Hong, pengarah warga Singapura bagi Asiasoft (M) Sdn Bhd, juga bertindak sebagai pengarah Asiasoft (S) Pte Ltd. Lain-lain pengarahnya adalah Izhak David Nakar ( warga Israel), Ido Schechter ( warga Israel) dan Shoshani Eliahou Moshe ( warga Israel dengan taraf penduduk tetap Singapura). Asiasoft (Singapore) Ptd Ltd adalah milik penuh Asiasoft Global Pte Ltd.

Asiasoft Global Pte Ltd

Pengarah syarikat ialah Toh Kian Hong ( warga Singpura ), Izhak David Nakar ( warga Israel) dan Ido Schechter ( warga Israel). Pemegang saham syarikat ialah Toh Kian Hong dan Top Image System Limited ( milik Israel).

Top Image Systems Limited

Sila klik link untuk melihat butiran syarikat: http://www.topimagesystems.com/

Izhak David Nakar (Israeli passport number 10902695)

Izhak David Nakar adalah pengasas Top Image Systems Limited dan bertindak sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah dan CEO sejak penubuhannya sehingga May 2001. Dalam tahun 2005, beliau telah dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah.
Mr. Nakar berkhidmat dengan Israel Air Force sejak 1970 hingga 1987. Beliau terlibat dalam berbagai project mega termasuk bekerjasama dengan U.S. Air Force. Beliau memperolehi B.Sc. in Computer Science dari Bar Ilan University dalam tahun 1982, dan MBA dari Tel-Aviv University pada 1984. Mr. Nakar adalah penerima anugerah “Israel Defense Award,” yang diberikan oleh President Israel, kerana jasanya membangunkan system maklumat canggih untuk Kementerian Pertahanan Israel.

Sila klik link untuk melihat butiran ( http://www.topimagesystems.com/IntPage.asp?Par=1&id=9 )


Ido Schechter (Israeli passport number 56626252)

Dr. Schechter berkhidmat dengan Top Image Systems Limited selama 9 tahun di mana sejak Januari 2002 telah dilantik menjadi CEO.

Sila klik link untuk melihat butiran (http://www.topimagesystems.com/IntPage.asp?Par=1&id=9 )

Ringkasnya:

Asiasoft (M) Sdn. Bhd. adalah milik Asiasoft (Singapore) Ptd. Ltd.

Manakala Asiasoft (Singapore) Ptd. Ltd. adalah milik Asiasoft Global Pte Ltd.

Dan Asiasoft Global Pte Ltd. adalah milik Top Image System Limited.

Top Image Systems Ltd. ditubuhkan pada 1991 dan beribu pejabat di Tel Aviv, Israel.

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Umno pejuang bangsa melayu dan inilah juga antara usaha UMNO untuk memajukan bangsa melayu. Kalau UMNO bukan agen Yahudi, maka apakah tujuan disebalik semua penyelewengan ini?

Dimanakan para perjuang UMNO yang hebat beritorika? Dimanakah Belut Puaka yang ingin membeteras aktiviti rasuah dalam UMNO?. Atau mungkin saja Belut Puaka itu sedang seronok dan terlena meratah habuan yang diberikan Khairy kepadanya kerana sanggup menjadi pencacai dan baruanya.

Apakah rakyat Malaysia masih ingin terus berdiam diri dan membiarkan kecelakaan yang dilakukan oleh UMNO dan kuncu-kuncunya?. Lupakah rakyat Malaysia kepada Khairy Jamaluddin dan Kalimullah yang jelas berpaksi kepada Singapura? Tidak ingatkah rakyat Malaysia bahawa Singapura adalah pengkalan Yahudi bagi rantau ini.

Kalau masih ada yang ingin mempertahankan kononnya UMNO berjuang untuk Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia, maka mereka adalah jelmaan manusia tetapi sebenarnya BINATANG atau SYAITAN BERTOPENG MANUSIA. Umnolah petualang bangsa melayu dan Umno jugalah yang bakal menjahanamkan Malaysia jika parti bangsat ini terus diberi kepercayaan untuk terus kekal berkuasa.
http://suarajohoronline.blogspot.com/2009/08/siapa-pengkhianat.html