Wednesday, March 24, 2010

7 syarikat diberi lesen sediakan siaran TV berbayar

KUALA LUMPUR 24 Mac - Tujuh syarikat telah diberi lesen individu perkhidmatan aplikasi kandungan untuk tujuan menyediakan siaran sistem televisyen berbayar, selain Astro, sehingga Mac lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. 

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, namun begitu, sehingga kini belum banyak syarikat yang dapat menyediakan perkhidmatan tersebut menyebabkan rakyat Malaysia masih bergantung kepada perkhidmatan yang disediakan Astro.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) sama ada kerajaan akan membuka peluang agar lebih banyak pengendali siaran televisyen berbayar beroperasi di negara ini…

Ulasan: Nanti lekalah orang Melayu di depan tv masing-masing padahal tv tidak melatih minda jadi hebat kerana kebanyakkannya bercorak hiburan. Yang seronok ialah syarikat kroni BN/UMNO membuat duit dari kesengsaraan rakyat.

No comments: