Thursday, March 11, 2010

Pemergian Tantawi sukar dicari ganti

Pemergian Tantawi sukar dicari ganti – Jamil Khir

KUALA LUMPUR 10 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom melahirkan rasa dukacita bagi pihak rakyat dan juga kerajaan Malaysia di atas pemergian ulama terkenal dunia, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi ke rahmatullah.

Jamil Khir berkata, jasa Allahyarham Tantawi cukup besar dalam bidang keilmuan sehingga memberi manfaat kepada umat Islam di seluruh pelosok dunia.

Katanya, pemergian ulama terkenal itu sukar untuk dicari ganti dan akan terus menjadi simbol kebanggaan kepada umat Islam…

Ulasan: Ilmu agama terangkat dengan meninggalnya ulama. Tapi pusaka ulama zaman berzaman untuk di amalkan oleh penguasa di mana-mana jua iaitu memerintahlah dengan adil, jangan berbuat zalim dan telus.

No comments: