Wednesday, March 10, 2010

Ibu lari tinggalkan lima anak

IPOH: Seorang ibu sanggup meninggalkan lima anaknya yang masih kecil serta suami selepas Tahun Baru Cina lalu, semata-mata terpengaruh dengan ajakan rakan untuk bekerja di Kuala Lumpur. 

Lebih menyedihkan, lima anaknya itu, Muhammad Haziq Danial berusia setahun; Puteri Nabila Nasuha, 2; Muhammad Aidip Danish, 6; Muhammad Aizam, 7, dan Muhammad Aiman, 9, pernah hanya minum air gula kerana kehabisan susu dan bekalan makanan disebabkan bapa mereka tidak berupaya keluar bekerja kerana perlu menjaga mereka. 

Maulana Shifee Khatib, 37, berkata, isterinya, Zuraidah Samsudin, 27, keluar rumah sejak pertengahan bulan lalu bersama empat rakannya termasuk seorang yang dikenali sebagai Farah dan tidak pulang hingga hari ini. 

"Isteri saya pernah bercerita mengenai seorang rakannya 'dibela' sugar daddy. Saya menasihatkannya supaya tidak terpengaruh, tetapi dia masih berdegil," katanya yang bekerja sementara sebagai pemandu lori. 

Maulana Shifee berkata, kelakuan isterinya juga mula berubah termasuk berpakaian seksi dan kasar tutur kata malah mula mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri serta seorang ibu. 

"Sebelum ini, Zuraidah tidak pernah berperangai sedemikian, tetapi sejak berjumpa rakannya itu dia mula memberontak dan sering keluar serta pulang rumah lewat malam…

Ulasan: Bila sanggup memperhambakan diri kepada kepalsuan dunia dan syahwat yang tidak terbatas kebiasaannya manusia akan jadi hina. Perlulah kita mengeratkan hubungan dengan Allah dengan sentiasa menyembahNya dan memohon apa saja kepadaNya kerana Allah Maha Kaya dan memiliki khazanah yang tiada berkurangan sekiranya diberikan kepada setiap yang memohonnya.

No comments: