KUALA LUMPUR 8 Mac - Majlis Peguam menyifatkan tindakan kerajaan untuk menghantar pulang beberapa warganegara asing yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak sebulan lalu sebagai tidak wajar.
Presidennya, Ragunath Kesavan berkata, kesemua tahanan tersebut perlu diberi hak untuk mendapatkan nasihat perundangan atau dihadapkan dengan proses undang-undang negara ini.
"Mereka tidak boleh dihantar pulang sebelum diberi peluang untuk mendapat perlindungan undang-undang. Sebarang ekstradisi mesti mengikut peraturan sedia ada," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Majlis Peguam di sini hari ini.
Pada 27 Januari lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan 10 orang termasuk seorang rakyat tempatan ditahan di bawah ISA kerana dipercayai terlibat dengan organisasi pengganas antarabangsa.
Hishammuddin berkata, sembilan warga asing yang ditahan itu akan diekstradisi ke negara asal secepat mungkin dan kerajaan sedang menguruskan proses tersebut.
Ragunath berkata, seorang tahanan ISA warganegara Yemen telah pun dihantar pulang ke negara asalnya sebelum ini…
Ulasan: Wahai Menteri Dalam Negeri: Kalau kita tidak ikut undang-undang yang ada di negara ini, siapa lagi?
No comments:
Post a Comment