KUALA LUMPUR 9 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia- Malaysia (Mabbim) menggiatkan usaha mengembangkan istilah-istilah ilmiah khususnya dalam bidang sains dan teknologi dalam Bahasa Melayu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu perlu bagi membolehkan masyarakat di rantau ini dapat mengungkapkan makna dan konsep baru pelbagai disiplin ilmu secara tepat dalam Bahasa Melayu.
‘‘Oleh itu, sudah tiba masanya Mabbim memberikan tumpuan kepada usaha pembinaan istilah, terutamanya melalui penghasilan karya-karya ilmiah.
‘‘Dengan cara ini ia bukan sahaja dapat mengembangkan istilah bahasa Melayu dengan lebih rancak, malah ia juga akan berkembang sebagai bahasa ilmu yang maju,,’’ katanya ketika berucap merasmikan Sidang ke-49 Mabbim di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini…
Ulasan: Semarakkan penggunaan Bahasa Melayu yang telah ternoda sejak PPSMI dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment