Tuesday, March 23, 2010

Anwar diFitnah, diHina dan diZalimi hanya kerana...

Anwar diFitnah, diHina dan diZalimi hanya kerana...
March 22, 2010
Oleh: anak_muar

Jika kita renungkan dugaan demi dugaan yang telah dan sedang menimpa manusia yang bernama Anwar Bin Ibrahim berbaloikan bagi dirinya yang terpaksa berpisah dengan keluarga serta berhadapan dengan pelbagai ancaman dan sepatutnya di kala umurnya itu beliau sedang menghabiskan usianya bersama keluarga tetapi terpaksa mengorbankan semua itu hanya kerana menginginkan perubahan dan kebaikan dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia.

1. Ingin menentang penyelewengan gejala rasuah, politik wang dan penyalahgunaan kuasa yang telah menjadi darah daging serta barah dalam UMNO dan juga pentadbiran kerajaan BN.
2. Ingin menentang perompak-perompak besar yang rakus mengaut hasil keuntungan negara hanya untuk kepentingan peribadi dan para kroni.
3. Ingin membawa perubahan terhadap negara kepada kedudukan yang terbaik
4. Ingin memperbaiki dasar pemerintahan negara kepada lebih berwibawa serta telus dalam menjalankan amanah yang telah diberikan oleh rakyat.
5. Ingin membebaskan badan-badan kerajaan seperti polis,SPRM dan badan kehakiman dari sebarang campur tangan pengaruh politik. 
6. Ingin memperbetulkan sistem kehakiman yang telah rosak serta dilacurkan oleh penguasa yang rakus.
7. Ingin mengubah lanskap politik negara kepada yang lebih profesional lagi berwibawa seterusnya membawa kebaikan kepada semua pihak khususnya rakyat bawahan.
8. Ingin memastikan pengagihan kekayaan negara dapat dirasai oleh seluruh rakyat bawahan dan tidak hanya diboloti kepada segelintir individu tertentu.
9. Ingin membela nasib rakyat bawahan supaya tidak ketinggalan dalam arus kemajuan.
10. Ingin membela nasib masyarakat Melayu bawahan yang sememangnya menjadi golongan majoriti sebagai kaum berpendapatan rendah dan miskin.
11. Ingin menyatupadukan seluruh kaum di Malaysia ini supaya tidak terus dibelenggu fahaman perkauman sempit yang boleh memudaratkan masa depan negara.
12. Menjadikan Agama Islam itu sebagai agama yang dihormati dan dicontohi oleh seluruh rakyat bukan Islam kerana ketinggian budi pekerti dan akhlak yang terpuji yang diterampilkan oleh umatnya.

Bagi yang mudah menuduh Anwar dengan tuduhan negatif yang pelbagai renungilah apa yang beliau lalui sepanjang 12 ini.Tidak ada orang yang inginkan kesusahan dan ancaman sepanjang hidupnya melainkan orang itu merasakan Allah SWT telah menggerakkan hatinya untuk melakukan sesuatu(kabaikan)untuk hambanya yang lain. 

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3379

Ulasan: Dulu berkali-kali Dr Mahathir sebut dalam ceramahnya bahawa dia tahu kejahatan Anwar tapi bila Dr Mahathir di panggil untuk jadi saksi (nanti akan di soaljawab oleh peguam), Dr Mahathir memberi alasan untuk tidak payah pergi. Dan Dr Mahathir telah menggunakan segala alat kerajaan untuk memalukan dan akhirnya memenjarakan Anwar tapi tak menjadi. Di zaman PM Najib ini pun nampak acam sama apa yang berlaku dulu. 
Boleh SIASAT ANWAR...tapi JANGAN LUPA SIASAT NAJIB JUGA.

No comments: