WASHINGTON 16 Mac - Lawatan kedua Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Asia sejak memegang jawatan itu tahun lalu mungkin tidak membuahkan hasil nyata, namun persinggahan di dua negara adalah langkah penting untuk memulihkan pengaruh AS di rantau ini.
Ekonomi, keganasan dan perubahan iklim adalah antara isu penting dalam lawatan Obama ke Indonesia, negara dengan penduduk paling ramai di dunia dan Australia, sekutu penting AS dan penyokong usaha ketenteraan di Afghanistan.
Obama adalah Presiden AS pertama dalam sedekad untuk terbang ke Asia Tenggara bukan atas tujuan menghadiri persidangan serantau, pendekatan yang disifatkan pegawai pentadbiran sebagai menggambarkan usaha beliau untuk mengukuhkan hubungan dengan negara lebih kecil yang sedang meningkat maju.
"Terdapat beberapa negara yang penting seperti Australia dan Indonesia yang merupakan pemain utama," kata penasihat kanan Obama tentang Asia, Jeff Bader…
Ulasan: Kalau benar-benar negara yang merdeka dan berdaulat, Indonesia boleh berkata terus kepada Obama bahawa kedatanganmu sebagai presiden AS tidak dilayan. Tapi takut dengan manusia sampai ke mana?
No comments:
Post a Comment