Tuesday, March 23, 2010

Ajar pendidikan seks di sekolah?

Ajar pendidikan seks di sekolah - Shahrizat

KUALA LUMPUR 22 Mac - Kementerian Pelajaran disaran memasukkan pendidikan seks dalam kurikulum pembelajaran di sekolah ekoran peningkatan kes buang bayi dan pelbagai gejala sosial di kalangan remaja.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, maklum balas diterima kementeriannya menunjukkan masih ada remaja yang tidak memahami implikasi yang mungkin berlaku jika mereka melakukan hubungan seks di luar nikah.

"Kita anggap rakyat di negara ini terpelajar dan serba tahu tetapi maklum balas diterima kementerian membuktikan masih ada anak muda terutama wanita yang tidak tahu mereka boleh mengandung dan akan berhadapan pelbagai implikasi jika melakukan hubungan intim.

"Disebabkan itu, kita minta Kementerian Pelajaran menimbangkan perkara ini. Kita tidak boleh menyapu isu ini di bawah karpet dan perlu menghadapinya sebaik mungkin.

"Kita perlu berani memberi pendidikan tentang implikasi dari sudut sains dalam kurikulum sekolah mengenai apa akan berlaku jika mereka melakukan hubungan intim," katanya ketika ditemu bual pada program Soal Jawab yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 malam ini…

&

Puteri lancar program berkaitan gejala buang bayi 4 April
KUALA LUMPUR 22 Mac - Pergerakan Puteri UMNO dengan kerjasama sayap puteri parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) akan melancarkan program berkaitan gejala pembuangan bayi 4 April ini.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, program itu antara lain bertujuan mencari jalan penyelesaian terhadap jenayah buang bayi yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, kejadian buang bayi termasuk yang terbaru di Ipoh semalam dikhuatiri akan menjadi penyakit masyarakat yang boleh mengganggu proses pembentukan masyarakat di negara ini.

"Puteri bimbang kes membuang bayi yang kerap mendapat liputan media massa akan menjadi sukar untuk ditangani.

"Justeru, program yang akan dilancarkan itu diharap dapat membantu usaha pihak berkuasa untuk membendung gejala tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini….

Ulasan: Kalau betul BN begitu serius menangani isu sosial ini, paling tidak pun akan ada tanda-tanda pengurangan walaupun sedikit. Tapi yang kita jelas depan mata kita, lorong-lorong kearah maksiat sudah bertukar menjadi jalan-jalan dan lebuhraya maksiat sepanjang BN menjadi pemerintah kerajaan negara ini. Kita perlukan kerajaan baru yang lebih prihatin yang adil, telus dan bebas dari rasuah untuk mempastikan negara bebas masalah sosial. Anda perlukan kerajaan yang BERSIH sebagai contoh hidup. Apa-apa perlu di utamakan pandangan agama dari pakar yang soleh.

No comments: