Thursday, March 25, 2010

Infrastruktur Tahap Dunia Jadikan Malaysia Negara Maju?

Infrastruktur Tahap Dunia Jadikan Malaysia Negara Maju
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tumpuan harus diberikan kepada pembangunan infrastruktur bertahap dunia untuk mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Beliau berkata perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) adalah satu yang boleh dikatakan sebagai 'key enabler' untuk merubah Malaysia daripada sebuah negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi.

"Sudah pasti bahawa perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi ini akan menjadikan Malaysia ini sebagai sebuah negara Abad ke-21," katanya pada majlis pelancaran perkhidmatan HSBB di Dataran Merdeka di sini Rabu malam…

Ulasan:Yang seronoknya ialah syarikat kroni yang mendapat tender untuk jadikan Malaysia maju. Pemikiran pemimpin politik pun perlu mencapai tahap dunia bukan pusing-pusing untuk membuncit perut sendiri dan kroni.

No comments: