Tuesday, March 09, 2010

SPRM tumpas pembalakan haram

IPOH 7 Mac - Sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpaskan satu kegiatan pembalakan haram di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Perak dan Pahang dalam operasi bersama Jabatan Perhutanan Perak dan Rela semalam.

Kawasan pembalakan haram berkenaan terletak berhampiran Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Dalam operasi yang bermula kira-kira 9 pagi semalam, beratus batang balak yang baru dipotong dan dianggar bernilai jutaan ringgit serta beberapa jentera berat yang berada di kawasan itu disita.

Jurucakap SPRM berkata, tiada tangkapan dibuat kerana mereka yang terbabit dalam kegiatan itu sempat melarikan diri.

Beliau berkata, operasi berkenaan dipercayai dapat dikesan kerana jalan hutan untuk memasuki kawasan pembalakan itu dihalang dengan batang pokok dan jentera berat menyebabkan pasukan berkenaan hanya dapat memasuki kawasan itu selepas lebih dua jam perjalanan…

Ulasan: Terima kasih kerana tidak makan rasuah.

No comments: