Monday, March 29, 2010

Kerajaan Kanada sokong pengharaman purdah

MONTREAL 28 Mac - Kerajaan Persekutuan Kanada mempertahankan rang undang-undang kontroversi yang dibentangkan di wilayah Quebec mengharamkan wanita Islam memakai burka dan purdah di institusi awam. Jurucakap Perdana Menteri Stephen Harper, Dimitri Soudas memberitahu akhbar Globe and Mail semalam, rang undang-undang yang disyorkan oleh kerajaan Quebec itu adalah munasabah.

Beliau, bagaimanapun mengakui ahli politik peringkat Persekutuan 'tidak mempunyai undi di dewan perundangan wilayah'.

Rang undang-undang berkenaan, dibentangkan Rabu lalu di Dewan Perundangan Quebec oleh ahli dewan Parti Liberal, Kathleen Weil yang juga Menteri Kehakiman Quebec, bertujuan mengharamkan kakitangan kerajaan wilayah daripada memakai purdah di tempat kerja.

Jika diluluskan, rang undang-undang itu juga akan mengharamkan wanita daripada memakai burka atau purdah apabila berurusan untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan wilayah, termasuk institusi pendidikan, sekolah swasta yang menerima bantuan kerajaan, pusat asuhan dan pusat kesihatan…

Ulasan: Bila negara Barat jadi sibuk mencampuri fikih agama Islam. Agama ialah suatu yang hebat melebihi kuasa dunia. Mungkin ini salah satu jalan menuju hidayah? 

No comments: