Thursday, March 25, 2010

Mana-mana pembangkang berusaha jatuhkan kerajaan

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) (gambar) bersetuju dengan pelan peralihan kuasa 16 September kerana mana-mana parti pembangkang akan berusaha menjatuhkan kerajaan.

Dalam satu sidang media di lobi Parlimen petang ini, beliau berkata, mana-mana parti semestinya mempunyai hasrat untuk menggulingkan kerajaan pemerintah.

"Rancangan 16 September ini pada saya satu rancangan yang tidak salah. Mana-mana parti pembangkang akan berusaha menjatuhkan kerajaan cuma caranya biar beretika, berakhlak," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan kenyataan beliau sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong pagi tadi….

Ulasan: Pilih kami, PR atau mereka, BN. Dengan syarat negara ini menjadi negara yang adil, telus dan bebas rasuah.

No comments: