BAITULMAQDIS 15 Mac - Media Israel hari ini melaporkan Amerika Syarikat (AS) mendesak negara Yahudi ini agar memansuhkan projek pembinaan penempatan haram di timur Baitulmaqdis yang mana kelulusannya mencetuskan ketegangan serius dengan Washington sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pegawai atasan AS sejak beberapa hari lalu sepakat mengutuk rancangan Israel untuk membina 1,600 apartmen di timur Baitulmaqdis, sektor bandar suci yang dituntut oleh penduduk Palestin sebagai bakal ibu negara mereka.
Projek itu mencetuskan bantahan di Washington kerana ia diumumkan semasa Naib Presiden AS, Joe Biden mengadakan lawatan di wilayah itu minggu lalu sehingga benar-benar memalukan AS dan merumitkan usaha memulakan kembali perdamaian antara Palestin dan Israel.
Penduduk Palestin turut mengancam tidak akan menyertai sebarang rundingan yang dikendalikan oleh AS dalam usaha memulakan rundingan damai selepas 14 bulan tergendala…
Ulasan: Perlukah kita berunding lagi dengan negara haram Israel, penjajah yang menjajah negara kita selama 60 tahun?
No comments:
Post a Comment