Thursday, March 18, 2010

Sukan Sekolah: Geran perkapita dinaikkan 100%

KUALA LUMPUR 17 Mac - Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan beberapa langkah untuk memperkukuhkan pembangunan sukan di sekolah antaranya menambah sekali ganda geran perkapita pelajar.

Peruntukan sedia ada geran perkapita sukan akan dinaikkan daripada RM2.40 kepada masing-masing RM4 dan RM6 untuk sekolah rendah dan menengah.

Geran padanan bagi setiap sumbangan ibu bapa pelajar juga akan diperkenalkan untuk menambah dana pembangunan sukan sekolah.

Mulai tahun depan juga, separuh daripada 10 peratus markah penglibatan kokurikulum pelajar akan diperuntukkan kepada aktiviti sukan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah-langkah tersebut diputuskan bertujuan mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah yang kurang mendapat perhatian…
Apakah semua pelajar boleh maju dalam sukan? Mana satu: Sukan setakat sukan saja, sukan sebagai satu industri yang berkembang maju atau semangat sukan untuk hidup bersama? Yang pastinya berlaku seronoklah kroni Menteri Pelajaran (sekaligus TPM) menghabiskan duit rakyat membahagi-bahagi tender membekal alat sukan seluruh 1Malaysia. Itulah Malaysia yang belum jadi negara maju kerana setakat ikut rasa hati Menteri tetapi tiada perancangan jangka jauh.

No comments: