Wednesday, March 10, 2010

Perjuangan isu Natrah perlu dicontohi?

KUALA LUMPUR 9 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa supaya persefahaman dan perpaduan politik yang ditunjukkan parti-parti yang mewakili umat Islam dalam memperjuangkan isu Natrah pada 1950 dijadikan contoh pada masa sekarang ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perpaduan politik seperti itu adalah amat penting bagi mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam daripada dipandang rendah oleh mana-mana pihak.

‘‘Dalam hal persefahaman politik, kisah Natrah membuktikan bahawa umat Islam daripada latar ideologi politik yang berbeza mampu untuk bersatu dalam mempertahankan kesucian Islam.

‘‘Tokoh-tokoh seperti Karim Ghani, Dr. Burhanuddin al-Helmy, Tun Sardon Jubir, Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan Tun Hussein Onn telah mengetepikan perbezaan ideologi politik masing-masing demi membela kesucian Islam yang dipandang rendah oleh penjajah.

‘‘Perpaduan ini terakam dalam lipatan sejarah sebagai perpaduan yang amat bermakna kerana tiga parti politik yang berbeza ideologi dan pendekatan ketika itu iaitu UMNO, Hizbul Muslimin dan PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) boleh bersatu demi mempertahankan kesucian Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran buku bertajuk Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata yang ditulis oleh Karyawan Tamu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Datin Seri Fatini Yaacob.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang; Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad. 

Menurut Muhyiddin, kisah Natrah itu juga telah memberikan kesedaran kepada orang Melayu untuk bangkit sebagai bangsa yang bermaruah.

‘‘Seperti kata Datin Seri Fatini dalam buku ini, Natrah secara peribadi sebenarnya tidaklah penting. 

‘‘Yang penting adalah kesedaran orang Melayu dalam mempertahankan kesucian Islam dan kebangkitan orang Melayu sebagai bangsa yang bermaruah. Itulah yang amat penting sekali,’’ katanya…

Ulasan: Sewaktu rakyat menolak parti BN/UMNO yang penuh masalah termasuk rasuah dan penyelewengan dsbnya, cepat betul UMNO menghulurkan tangan kepada PAS. Biarlah BN/UMNO jatuh jatuh jadi pembankang kecil di pilihan raya umum ke 13 nanti. Mari kita bina negara Malaysia Baru yang bebas rasuah di atas runtuhan BN/UMNO.

No comments: