KUALA LUMPUR 10 Mac – Kajian semula terhadap skim perkhidmatan pensyarah berupaya mengelakkan politiking dalam universiti kerana golongan profesor tidak perlu berebut untuk memegang jawatan pentadbiran.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu juga membolehkan para profesor memberi tumpuan kepada kepakaran sebenar mereka menjalankan penyelidikan membangunkan negara dan menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB).
“Langkah ini selaras dengan usaha kementerian untuk memartabatkan dan mempertingkatkan pencapaian sektor pengajian tinggi secara keseluruhan.
“Saya percaya usaha ini bakal memperlihatkan kecemerlangan profesor dalam bidang masing-masing serta dikenali sebagai pakar terkemuka di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ulasan: Jangan sampai politiking membodek menteri atau PM pula. Nanti jadi profesor kangkung...
No comments:
Post a Comment