Wednesday, March 10, 2010

Kaji skim khidmat profesor

Kaji skim khidmat pensyarah
PUTRAJAYA 9 Mac – Kerajaan akan mengkaji skim perkhidmatan pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut perguruan (IP) termasuk membenarkan kenaikan pangkat bagi profesor hingga ke peringkat turus tertinggi tanpa perlu memegang jawatan pentadbiran di universiti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu bertujuan melahirkan tenaga pengajar dan penyelidik terbaik serta bermotivasi.

Menurutnya, pada masa ini seorang profesor di IPTA hanya boleh mencapai gred khas A sedangkan kenaikan pangkat mereka tidak semestinya ‘dibendung’ oleh jawatan yang dipegang oleh Naib Canselor (NC) universiti.

“Sekiranya ada profesor yang amat berwibawa dan tersohor, dia boleh mendapat gred yang lebih tinggi daripada NC.

“Ini suatu perubahan yang meletakkan penilaian seorang itu dari segi tahap keilmuan yang ada padanya. Ini bererti tidak semestinya hendak naik pangkat mesti rebut jawatan NC atau timbalan NC,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanat pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-11 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini…

Ulasan: Jangan sebab sayangkan gaji, professor sanggup memperhambakan diri kepada oran politik. Di mana-mana pun sokonglah keadilan, kebebasan dan ketelusan. Barulah professor dianggap memperjuangkan rakyat.

No comments: