Pihak berkuasa bimbang pertempuran baru akan tercetus berikutan pembukaan rasmi sebuah rumah ibadat di dalam tembok kawasan kota lama, dekat timur Baitulmaqdis.
"Menimbangkan risiko tercetusnya masalah, kami mengekalkan keadaan berjaga-jaga dan terus menyekat akses ke Lembah Suci," kata jurucakap polis, Micky Rosenfeld.
Sejak Jumaat lalu, lelaki di bawah umur 50 tahun dilarang memasuki kawasan tersebut begitu juga golongan bukan Islam.
Lembah Suci yang menempatkan Masjid al-Aqsa dan Masjid Quba, merupakan kawasan ketiga suci buat umat Islam selepas Mekah dan Madinah di Arab Saudi.
Polis bertempur dengan penunjuk perasaan di kawasan berkenaan 5 Mac lalu dan kali terakhir Jumaat lepas.
Ketegangan tercetus berikutan pengumuman Israel yang mahu membina 1,600 kediaman baru untuk peneroka haram Yahudi di timur Baitulmaqdis, yang disifatkan penduduk Palestin bakal menjadi ibu negeri Palestin yang baru.
Penduduk Palestin turut merancang untuk mengadakan bantahan selama dua jam di Baitulmaqdis hari ini...
Ulasan: Wahai orang Islam, bersiapa siaga semampumu untuk untuk berperang dengan Israel, negara penjajah.
No comments:
Post a Comment