Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pencerobohan pasukan bersenjata Zionis Israel terhadap Masjidil al-Aqsa sekali lagi adalah suatu tindakan yang melangkaui kewarasan tamadun manusia.
"PAS menyedari bahawa tindakan yang diambil OIC sebelum ini ternyata tidak berupaya mengekang keganasan pihak Zionis Israel tetapi dalam masa yang sama semua pihak adalah tidak wajar untuk berputus asa dalam mencari penyelesaian terhadap konflik ciptaan Zionis itu.
"PAS juga ingin menyeru agar rakyat dan kerajaan umat Islam serta seluruh pencinta keamanan dari kalangan masyarakat antarabangsa agar dapat merangka strategi baru yang lebih serius dan berkesan untuk memberikan tekanan kepada regim Zionis itu," katanya dalam satu kenyataan.
Speaker Mahmoud a-Abrash dari Syria, Speaker Ali Larijani dari Iran dan Speaker Turki Mehmet Ali Sahin dari Turki menggesa OIC mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan langkah yang berkesan terhadap keganasan regim Zionis Israel terhadap tempat suci dan penduduk awam Palestin.
Dalam kejadian Ahad lepas, regim Zionis dilaporkan telah melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza sekali lagi dan mengakibatkan empat warga Palestin cedera termasuk seorang wanita. BERNAMA
Ulasan: OIC boleh jadi hebat sekiranya ia berpegang kepada gaya hidup Islam.
No comments:
Post a Comment