KUALA LUMPUR 18 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kepada rakyat untuk menilai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertindak meninggalkan sidang Dewan Rakyat sewaktu pembohongan berhubung impian 16 September didedahkan oleh seorang ahli Parlimen Bebas, semalam.
Perdana Menteri berkata, penilaian itu adalah kerana beliau yakin bahawa kebatilan akan dilenyapkan oleh kebenaran apabila tiba masanya.
"Anda boleh membuat kesimpulan sendiri dia itu lelaki jenis apa.
"Apa yang dia lakukan, apa yang telah dibuat seharusnya dapat dinilai oleh rakyat sebab saya percaya bagaimana sekalipun, kebenaran pada akhirnya akan timbul dan melenyapkan sebarang kebatilan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan bilik pameran Audi Kuala Lumpur dan melancarkan kereta Audi R8V10, di sini hari ini…
Ulasan: Kita samalah ye? Tak mungkin BN/UMNO membawa kebenaran selama ini. Kebenaran terserlah bila kerajaan menjadi adil, telus, dan bebas rasuah. Sesiapa yang makan cili, eloklah bersihkan diri dari kes khalwat dulu. Kenapa ada VIP yang susah sangat nak datang ke mahkamah dalam perbicaraan kes pembunuhan seorang wanita asing yang bukan pendatang haram tapi rekodnya dipadam (TER?) oleh tangan-tangan pihak imegresyen kita yang bersekongkol dengan jenayah itu?
No comments:
Post a Comment