Presidennya, Jais Abd. Karim menegaskan, tindakan itu amat tidak wajar kerana pembinaan IPT yang dikenali sebagai Pusat Kecemerlangan Rakyat Cina itu boleh memecahbelahkan rakyat.
“Tidak cukupkah dua universiti iaitu Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Wawasan Open University (WOU) yang membuka peluang dan ruang amat luas untuk kaum Cina melanjutkan pelajaran?
“Tidak perlulah lagi mewujudkan satu institusi untuk kaum tertentu dan cadangan ini hanya akan memecah belahkan rakyat sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya menentang cadangan tersebut kerana kaum Cina di negara ini sudah cukup kaya dan menguasai ekonomi.
“Mereka ini mampu menghantar anak masing-masing melanjutkan pelajaran ke luar negara, lagipun Ketua Menteri, Lim Guan Eng bukan Ketua Menteri untuk rakyat Cina sahaja tetapi semua rakyat yang menghuni negeri Pulau Pinang.
Beliau memberitahu, cadangan pembinaan pusat tersebut ‘bertiup kencang’ awal bulan lalu dan semakin ketara sejak akhir-akhir ini.
Kata Jais, hasil maklumat yang diperolehnya mendapati universiti berkenaan bakal didirikan di atas tanah seluas kira-kira 40 hektar, berdekatan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau yang dimiliki oleh individu…
Ulasan: Bila kita terikut pemikiran BN/UMNO, buat apa kita bersatu di bawah PKR? Eloklah siasat dengan teliti.
No comments:
Post a Comment