Monday, March 29, 2010

Pendidikan agama atasi gejala sosial SAJA?

KUALA LUMPUR 28 Mac – Pendidikan agama dan kekeluargaan merupakan elemen terpenting dalam menangani gejala sosial yang semakin membimbangkan, termasuk meningkatnya kejadian mengandung anak luar nikah serta membuang bayi.

Penasihat Islamic Relief Malaysia (IRM), Mejar Jeneral (B) Datuk Megat Mohd. Yusof Megat Mahmud berkata, pelaksanaan kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Karyawan serta Astro perlu memberi perhatian kepada isu tersebut.

Beliau berkata, dua elemen penting dalam masyarakat iaitu pendidikan agama dan kekeluargaan merupakan perkara yang sangat penting. 

“Dua elemen tersebut jika dilaksanakan berupaya memberi kesedaran kepada masyarakat. Saya harap melalui kempen ini masyarakat lebih terarah untuk sama-sama melibatkan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Megat Mohd. Yusof, sebagai sebuah NGO yang sentiasa terlibat dengan program amal dan kemasyarakatan, pihaknya sentiasa memberi sokongan padu kepada Utusan Malaysia dalam menjayakan kempen tersebut…

Ulasan: Semua masalah termasuk masalah sosial yang sedang di alami di Malaysia sekarang bermula bila agama tidak di amalkan sebagai cara hidup. Pastikan agama tegak dan perkasa disetiap kementerian. Tapi ini akan di tolak oleh ramai ahli politik UMNO...

No comments: