Thursday, March 11, 2010

Penuntut kolej kena rogol lelaki warga Afrika

2010/03/11 PETALING JAYA: Seorang pelajar kolej swasta tidak menyangka panggilan telefon dari seorang wanita yang meminta tolong, sebenarnya adalah perangkap dipasang lelaki warga Afrika yang merogolnya. 

Kejadian berlaku di Pangsapuri Flora Damansara di sini, kira-kira jam 9 malam kelmarin, selepas mangsa berusia 24 tahun yang tinggal di pangsapuri itu dikatakan menerima panggilan ketika berada di sebuah kafe siber di tingkat bawah pangsapuri. 
 
Sumber berkata, ‘wanita’ yang menghubunginya meminta mangsa naik ke tingkat 9 pangsapuri itu dan sebaik tiba di pintu rumah, seorang lelaki warga Afrika menariknya masuk sebelum merogolnya. Katanya, mangsa yang berjaya melarikan diri selepas dirogol, kemudian kembali ke kafe siber itu dan menceritakan kejadian berkenaan kepada beberapa penduduk. 

“Berikutan itu, beberapa penduduk memerangkap lelaki terbabit dan berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada polis,” katanya di sini, semalam…

Ulasan: Bila pendatang asing buat hal, rakyat kita yang membayar harganya. 

No comments: