Tuesday, March 23, 2010

Ki-moon kecam sekatan Israel di Genting Gaza

KHAN YUNIS, Gaza 22 Mac - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menyelar sekatan Israel ke atas Genting Gaza semasa lawatan beliau ke wilayah Palestin itu, semalam.

Kunjungan itu adalah sebahagian daripada lawatan dua hari beliau ke rantau ini bertujuan memulihkan rundingan damai Israel-Palestin, yang terhenti berikutan serangan rejim Zionis ke atas Gaza dari Disember 2008 hingga Januari tahun lepas.

"Saya sudah berkali-kali memberitahu pemimpin Israel bahawa dasar sekatan itu adalah salah dan tidak boleh diteruskan," kata Ki-moon kepada wartawan di bandar Khan Yunis, selatan Genting Gaza.

Katanya, sekatan tersebut mengakibatkan penderitaan yang tidak boleh diterima sama sekali, terutamanya di kalangan remaja dan kanak-kanak.

"Dasar itu juga tidak produktif kerana menghalang kegiatan perdagangan yang sah sambil menggalakkan penyeludupan. Ia melemahkan kedudukan golongan berfahaman sederhana dan memperkasakan puak pelampau," kata beliau.

Ki-moon melakukan kunjungan keduanya ke Gaza sejak Israel melancarkan serangan ketenteraan yang menyebabkan 1,400 penduduk Palestin terbunuh dan beribu-ribu rumah musnah.

Beliau melawat kawasan-kawasan yang paling teruk musnah sebelum mengumumkan projek-projek untuk membina 150 buah rumah, sebuah kilang tepung dan sebuah loji rawatan kumbahan…

Ulasan: Negara haram Israel akan terus menunjukkan sombong sampailah tentera Islam mengalahkannya. Dunia bising dengan tindakan zalim oleh regim haram itu tapi Israel buat bodoh saja kerana AS masih menjadi dalangnya.

No comments: