Umie Aida pilih tarikh lahir Erma nikah di Mekah
KUALA LUMPUR 8 Mac - Pelakon terkenal, Umie Aida, 37, atau nama sebenarnya Umie Khalsum Rahmad hari ini mengumumkan tarikh kelahiran kakaknya, pelakon dan pengarah Erma Fatima, pada 14 Mac ini sebagai tanggal diijab kabul.
Pelakon filem Embun itu memilih dinikahkan di Masjidil Haram, Mekah sekitar pukul 8 pagi (waktu Mekah) dengan duda beranak dua yang juga seorang usahawan, Datuk Paduka Khairuddin Hassan, 47, berwalikan abangnya, Ahmad Reduan.
Umie kelihatan berseri mengenakan busana berwarna hitam pada majlis berinai di kediaman barunya, di I-Zen, Kiara 2, Mont Kiara malam ini.
Pelakon itu bakal berangkat ke tanah suci pada 11 Mac ini dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 18 Mac ini.
Menurut Umie, pemilihan Masjidil Haram adalah sebagai memenuhi hasrat suci yang menjadi lokasi impian perkahwinannya…
Ulasan: Sebenarnya tidak perlu bersusah-payah kerana agama tidak mensyaratkan begitu.
Kebahagiaan milik Allah dan akan di berikan kepada hamba2Nya yang taat perintahNya.
No comments:
Post a Comment