BALING 28 Mac - Pelajar pintar, Halimaton Abdul Rashid, 15, yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu mengesahkan dia kini dalam proses untuk menikah dengan teman lelakinya. "Kami belum bernikah tapi dalam proses," itu pengakuan Halimaton, pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Parit Panjang di sini kepada salah seorang saudaranya petang ini.
Pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2007 itu menyatakan dia sudah nekad untuk bersama teman hidupnya yang dikenali sebagai Adam.
Malah, remaja perempuan itu yang kini berada di sebuah daerah di negeri ini menyatakan dia juga sudah mendapat tawaran bekerja di sebuah restoran di situ.
"Saya hanya mempunyai wang RM50 dan tidak minat lagi untuk belajar. Saya hanya ingin bernikah dengan teman lelaki saya sebab dia kacak….
Ulasan: Eloklah cepatkan pernikahan mereka untuk mengelakkan rasukan nafsu dan syaitan yang tak pernah bercuti daripada menyesatkan manusia. Cuma tak perlulah lari dari rumah. Dan pastikan pilihan pasangan adalah berdasarkan agama bukan semata-mata kerana kacak @ cantik.
No comments:
Post a Comment