Tuesday, March 09, 2010

Kasihan perempuan bersalin dirawati doktor lelaki

Kasihan Muslimah bersalin dirawati doktor lelaki

TIDAK lama dulu, ketika mandi saya perasan ada bonjolan kecil di bahagian alat sulit saya. Serta-merta saya menjadi cemas, takut-takut saya menghidap penyakit bahaya.

Pada pandangan saya kes ini tidak sesuai di klinik biasa. Tempat paling layak adalah hospital. Bagaimanapun disebabkan kebimbangan terpaksa menanggalkan seluar bagi membolehkan doktor melakukan pemeriksaan, saya menangguh-nangguhkan pemergian ke hospital. 

Selepas beberapa hari, akhirnya saya ke hospital juga. Saya diberi nombor dan kemudian menunggu di depan bilik rawatan. Apabila sedar doktor dalam bilik itu seorang wanita, saya pun bergegas ke kuanter pendaftaran, meminta supaya saya dirawat doktor lelaki.

"Saya ada masalah sakit tuan!" kata saya nekad kepada kerani pendaftaran. Dia tersenyum dan memberikankad giliran lain membuatkan saya 'rasa selamat sikit'.

Apabila tiba giliran, saya pun masuk dalam bilik rawatan, berdebar-debar, sambil berfikir apa yang hendak dibuat jika doktor berkenaan menyuruh saya menanggalkan seluar.

Selepas bertanya penyakit saya, doktor itu menyurah saya baring di atas katil dan dia kemudian menarik langsir.

"Buka seluar," suruhnya.

Dengan rasa malu yang amat sangat, saya pun menanggalkan seluar tetapi setakat lutut saja.

"Buka spender," perintah doktor itu selanjutnya.

Saya terlalu malu untuk melakukannya. Saya menekan-nekan ke arah benjolan itu seolah-olah memnita doktor itu memeriksanya tanpa perlu membuka seluar dalam.

Doktor itu mengeleng-geleng kepala, kemudian memakai sarung tangan dan meraba di tempat di mana saya berasa sakit.

"Selamatlah akhu kali ini," bisik hati saya.

Demikianlah betapa malu sebahagian daripada kita apabila menghadapi saat cemas seperti itu.

Dalam kes saya, sekalipun doktor yang melakukan rawatan adalah lelaki, ia sudah cukup membuatkan saya rasa malu, jadi terfikir oleh saya bagaimana pula perasaan wanita bersalin disambut dan diuruskan bayinya oleh doktor lelaki.

Sudah beberapa kes sampai ke pengetahuan saya, wanita terpaksa menebalkan muka sebelum, ketika dan selepas melahirkan anak kerana dia diperiksa doktor lelaki.

Malah ada wanita Islam mengadu doktor lelaki yang menjahit kemaluan, menyeluk tangan ke dalam peranakan mereka adalah di kalangan mereka yang bukan beragama Islam. Demikian juga ada wanita mengadu doktor pakar yang melakukan rawatan membabitkan anggota sulit seperti mencuci rahim adalah doktor lelaki bukan Islam.

Di sini kewibawaan kita sebagai umat Islam tercabar. Jika selama ini kita mendabik dada kononnya umat Islam di negara ini sudah maju dalam pelbagai bidang kehidupan, mengapa dalam menunaikan tuntutan fardu kifayah ini, kita ketinggalan.

Di manakah laungan pemimpin kita yang menekankan jihad ekonomi, jihad memajukan negara dan seumpamanya sedangkan masalah seperti ini masih berleluasa dalam masyarakat? Marilah kita bersama-sama berusaha keras mendidik anak bangsa kita, terutama yang perempuan agar semakin ramai menjadi doktor pakar perbidanan bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah ini. 

http://lanh14.blogspot.com/2010/03/kasihan-muslimah-bersalin-dirawati.html

Ulasan: Masa untuk kerajaan kita melaksanakan polisi pesakit perempuan akan hanya di rawat oleh doktor perempuan kecuali kalau kes kecemasan. Bukan hanya untuk pempuan Muslim tetapi untuk semua perempuan kerana rasanya TIDAK ada suami yang terhegeh-hegeh mahukan juga isterinya di rawat oleh doktor lelaki bila ada doktor perempuan. Prinsip yang biasa bagi lelaki: Isteri kita hanya untuk di nikmati oleh kita.




.

No comments: