KANGAR 17 Mac - Usaha perlu dilakukan bagi menjadikan Perlis sebagai destinasi pilihan pelancong asing dan bukan sekadar menjadi 'pintu masuk' untuk ke negara ini.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, rekod menunjukkan pelancong asing hanya menjadikan Perlis sebagai laluan untuk melancong ke beberapa negeri di utara Semenanjung.
"Kita mendapati para pelancong asing masuk ke Perlis melalui Padang Besar (dari Thailand) menggunakan jalan darat (kereta dan kereta api). Mereka kemudian menuju ke negeri-negeri pilihan di utara Semenanjung.
"Mereka (pelancong) menjadikan Perlis sebagai laluan sahaja untuk ke beberapa destinasi pelancongan seperti Pulau Langkawi, Perak dan Pulau Pinang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita ketika melakukan tinjauan pelancongan ke Muzium Kota Kayang, Kuala Perlis di sini hari ini…
Ulasan: Jangan sampai industi pelacuran tumbuh subur di Perlis macam di negara jiran.
No comments:
Post a Comment