Wednesday, March 10, 2010

SPRM sita balak RM3 juta

MERSING: Ribuan batang balak pelbagai jenis dan saiz dianggarkan bernilai jutaan ringgit disita dalam satu serbuan oleh sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor di sebuah kawasan pembalakan di Felda Nitar Timur, berdekatan Hutan Simpan Mersing, di sini Ahad lalu. 

Serbuan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Johor, kira-kira jam 9.30 pagi itu dibuat selepas SPRM Johor menerima maklumat daripada orang ramai mengenai wujudnya kegiatan pembalakan yang dipercayai melebihi kawasan sempadan dibenarkan. 

Pengarah SPRM Johor, Simi Abdul Ghani, berkata bertindak atas aduan berkenaan, 15 pegawai termasuk dari Jabatan Perhutanan negeri dikerahkan ke tempat kejadian sebelum turut menyita lebih 10 kenderaan berat yang digunakan dalam kawasan pembalakan itu. 

Beliau berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan sama ada ribuan batang balak yang ditemui di kawasan pengumpulan balak itu membabitkan kegiatan pembalakan yang dilakukan di luar kawasan lesen yang dibenarkan. 

Simi berkata, sekiranya terdapat unsur penyelewengan dan rasuah dalam kegiatan pembalakan melebihi kawasan yang dilesenkan itu, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang terbabit mengikut Akta SPRM…

Ulasan: Seperti biasa, sita balak dan kenderaan tapi pencurinya ada dan hidup mewah di sekeliling kita. Banyak masalah berlaku bila pegawai kerajaan makan rasuah. Bila makan rasuah, peraturan dan undang-undang jadi bahan mainan. 

No comments: