Thursday, March 18, 2010

Peruntukan tanah Orang Asli diteliti

PUTRAJAYA 17 Mac - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang meneliti cadangan supaya peruntukan keluasan tanah di bawah Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah kepada orang Asli dikaji semula.

Menterinya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, beberapa cadangan dalam dasar tersebut termasuk peruntukan 2.4 hektar tanah untuk tujuan aktiviti penanaman dan 0.1 hektar untuk tujuan kediaman telah menimbulkan reaksi berbeza daripada Orang Asli.

''Terdapat sedikit isu yang tidak dapat diselesaikan berhubung keluasan dan kaedah pengagihan tanah.

''Kerajaan meneliti semua cadangan yang dikemukakan malahan kami mengadakan pameran bergerak untuk mengumpul pandangan Orang Asli," katanya…

Ulasan: Terima kasih kepada Orang Asli kerana berani menghadiri demonstrasi semalam di Putrajaya sekaligus berbincang dengan Menteri kerana kezaliman telah berlaku kepada mereka. Tidak perlu takut berjumpa dengan Menteri hatta PM yang hidup politiknya bergantung di atas undi rakyat dan berjuanglah untuk mendapatkan hak kita. Di bawah pemerintahan BN/UMNO ini kalau rakyat takut memperjuangkan hak mereka, satu hari nanti hak kita akan jadi sejarah.

 

No comments: