Sehingga saat ini sekurang-kurang 10 report polis telah dibuat hampir di seluruh negara. Dipercayai esok, lusa masih ada beberapa laporan polis. Sebuah NGO yang menjeler lidah mengakui pejuang Melayu mungkin sedang merancang untuk membuat laporan polis. Yang membuat laporan polis hari ini kebanyakannya dari kalangan Pemuda Umno dan BN.
Menurut ketua polis yang tidak jadi bersara sempena hari polis sehari dua lagi, Musa Hassan, pihak polis akan menjalankan siasatan berdasarkan laporan. Beliau sudah memberi jaminan. Untuk itu kenyataan akan diambil dari semua pihak terlibat. Menurutnya para pegawainya sudah bersiap sedia untuk membuat siasatan. Hanya menunggu lampu hijau saja.
Di dalam parlimen pula ahli parlimen UBN (UMNO/BN) dan termasuk ahli bebas (sebenarnya tidak ada istilah bebas dalam parlimen Malaysia kerana bebas automatik penyokong UBN,) juga turut mengecam Anwar. Sampai serak suara membuat kecaman, penghinaan dan dakwaan ke atas Anwar. Hampir semua pemimpin kelab penyokong BN terlibat mengecam dan menyerang Anwar walaupun terpaksa menggunakan hujah atau bahasa yang sama. Sebenarnya isu yang dimainkan adalah isu lapok yang menjadi momok kepada UBN.
Perkembangan ini menarik. Dan bagi saya yang perlu ditangani dengan serius oleh pihak Pakatan Rakyat dan Anwar sendiri. Rakyat semua lapisan juga perlu membimbangi perkembangan ini. Walaupun isu itu lapuk tetapi cara ianya diangkat ke muka semula seperti ia membawa mesej yang perit untuk ditelan oleh Anwar dan Pakatan Rakyat. Ada sesuatu yang sedang rancangkan.
Kerja membelasah Anwar itu bermula dengan pendedahan ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim. Ia berterusan sampai ke hari ini. Seolah sidang parlimen penggal ketiga kali ini dikhasnya untuk membahas mengenai Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim cuba digambarkan sebagai pengganas dan pengkhianat besar negara. Itulah yang cuba di capture kan menerusi parlimen hari ini.
Usahanya serius dan bersungguh. Inilah mengapa saya katakan semacam ada tindakan besar bakal dilakukan ke atas Anwar Ibrahim dalam usaha melumpuhkan gelombang kebangkitan rakyat. Semacam negara akan dikejutkan dengan satu aksi politik yang sangat rakus dan sadis untuk kali kedua ke atas batang tubuh yang sama.
Kerana itu saya melihat ia ada agenda tersendiri disebalik apa yang berlaku sehari dua ini. Pendedahan Zahrain itu ia bukan saja-saja melainkan ia dirancang begitu rupa. Ia di plan. Tindakan membelasah itu sebagai satu tindakan psywar untuk mempengaruhi pemikiran umum agar tidak terperanjat dengan tindakan susulannya nanti.
Umum tahu Zahrain sebelum ini hanya menjadi wakil rakyat tikus saja di parlimen. Beliau tidak pernah mengambil bahagian. Apabila tiba-tiba dia berjaya mempengaruhi dewan sudah tentu kerana ianya dirancang ataupun dibekalkan senjata (ucapan) untuk menyerang Anwar.
Zahrain ibarat batang kayu yang dijadikan ulu kapak untuk menebang pokok induknya. Soal Zahrain di sini tidak penting tetapi natijah daripada apa yang dicetuskannya itu adalah besar dan inilah yang perlu difikirkan.
Selepas MP yang mencuri symbol PKR itu membuat ucapan mendedahkan rahsia Anwar (sebenarnya rahsia kebodohan beliau sendiri), di situlah bermula serangan tubi ke atas Anwar. Ia dikaitkan denagan segala macam persoalan kecil dan remeh bagi melebatkan serangan dan bukti ke atas Anwar.
Di samping itu cercaan dan kejian ke atas Anwar diteruskan tanpa ada segan silu lagi. Paling baru ditimbulkan pula mengenai provokasi bahawa 1Malaysia sebagai 1Israeil. Semua ini dibangkit dan dipersoalkan kerana ada perancangan dan satu strategi. Jika hendak dikira apalah ditakuti kepada provokasi Anwar itu, ianya boleh dijawab dengan sepatah perkataan saja.
Tetapi kenapa ia sengaja diperpanjangkan kerana ada motif lain yang lebih besar.
Seperti mana dikatakan tadi ia bukan saja-saja, melainkan serangan ke atas Anwar hatta tindakan lebih keras untuk dijadikan kayu penyelamat UBN yang kelemasan dalam arus demokrasi negara ini. Apa yang berlaku serangan tubi ke atas Anwar ialah mendedahkan ketakutan UBN kepada Pakatan Rakyat yang dipimpin Anwar. Walaupun saban hari media memberi gambaran Pakatan Rakyat lemah, berpecah dan hancur, tetapi hakikatnya UBN semakin merasa mereka yang lemah.
Kecaman, kritikan kepada Pakatan Rakyat bukan melemahkan sebaliknya ia mendapat simpati dan sokongan rakyat khasnya golongan bawahan. Kurang sambutan golongan muda dan pertengahan termasuk kalangan pegawai kerajana terhadap slogan 1Malaysia menyebabkan UBN bimbang sehingga tidak dapat tidur malam. Inilah yang mencemaskan UBN dan menjadikan UBN khasnya Umno hilang akal untuk mengatasinya.
Tengoklah sendiri, isu liwat kedua yang cuba ditimbulkan namun tidak memberi impak besar. Rakyat hanya mendengar tetapi rakyat tidak mempercayainya. Rakyat lebih melihat perjuangan Anwar daripada mendengar tuduhan-tuduhan menjijikkan ke atanya yang dibuat secara berlebihan. Bagi sebilangan besar rakyat isu liwat itu sudah tidak penting dan ianya dikambus oleh politik baru Anwar yang diterima hari ini.
UBN merasai ini. Kalau mereka tidak merasai hakikat ini mereka tidak jadi mania untuk terus menyerang dan membelasah peribadi Anwar. Dalam usaha mempertahankan wibawanya hari ini UBN tidak lagi berhujah mengemukakan wawasan dan manifesto politik mereka tetapi menyerang peribadi.
Lantaran itu UBN kena cari sesuatu penabat untuk menghalang UBN dari terus dikelami oleh oleh kehangatan sambutan kepada Pakatan Rakyat. Justeru pelan dan tindakan diluar normal manusia harus diambil. Untuk itu caranya tidak lain, dengan menghentam Anwar habis-habisan. Anwar harus dimusnahkan atau pun kemaraan Anwar untuk kali kedua ini perlu dikekangkan, kaki Anwar perlu 'dipeteh' agar kemaraannya tergenjat atau pincang terus.
Menyedari inlah maka sesuatu perlu dibuat. Saya melihat apa yang UBN lakukan sekarang ini ke atas Anwar adalah serius. Ia merupakan soal hidup dan mati. Kalau UBN tidak berjaya mengekang Anwar, ini bermakna mereka sengaja menggali kubur untuk minimbus diri sendiri pada pilihan raya ke 13 kelak. Jadi sebelum mereka terjerumus dalam lubang itu maka UBN kerana pastikan Anwar dulu harus masuk dalam lubang dan ditimbus hidup-hidup.
Lubang pembunuh
Lubang jubur dijadikan lubang untuk mengambus Anwar. Tetapi tampaknya lubang jubur terlalu sempit dan meloyakan sehinggakan para jagohan Umno kena cari kaedah lain. Pendedahan Zahrain yang sudah lapuk itulah dijadikan titik mula untuk membawa Anwar ke lubang pembunuh baru.
Di sini naluri saya merasakan ada perancangan untuk membawa Anwar awal ke dalam penjara sebelum kes liwatnya selesai. Mungkin juga pihak UBN merasakan kes liwat sukar untuk menolak Awnar ke dalam tembok besi, maka kes atau isu baru dicipta. Isu baru itu merupakan pelan kedua untuk memastikan tangan dan kaki Anwar terjerut dan diikat.
Dengan laporan polis terhadap atas tuduhan Anwar sebagai pengkhianat negara, bersekongkol dengan negara luar dan terbaru mengaitkan nama Yang Dipertuan Agong nampaknya UBN cuba menjadikan lesen gelap untuk menahan Anwar. Laporan polis dikumpul dan selepas ini NGO akan berhimpun pula mendesak kerajaan. Matlamat mereka daripada apa yang berlaku untuk menahan Anwar di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mungkin bagi para pemikir atau sang dalang mereka mengira hanya dengan menahan Anwar di bawa ISA sahaja baru mereka merasa selamat untuk berdepan dengan pilihan raya umum ke 13 nanti. [wm.kl. 9:00 pm 22/03/10]
Posted by mso.im
Ulasan: Lawan tetap lawan demi mewujudkan negara yg adil, telus dan bebas dari rasuah. Memanglah kerja sukar untuk menumbangkan parti BN pada peringkat persekutuan di pilihan raya umum untuk PERTAMA KALINYA. Tetapi dengan doa dan kesungguhan, rakyat boleh mengubahkan suasana ini. Mana ada parti politik di mana-mana negara dunia ini yang kekal memerintah sampai kiamat? Bermula dari kecekalan dalam hati bahawa Allah bersama kita supaya Malaysia menjadi lebih baik.
No comments:
Post a Comment