Thursday, March 18, 2010

6 ahli politik Indonesia langgar disiplin

JAKARTA 17 Mac - Satu badan pemerhati Parlimen mengemukakan nama enam penggubal undang-undang Indonesia kepada majlis disiplin Dewan Perwakilan hari ini kerana pelbagai kesalahan yang melanggar kod etika badan perundangan tersebut, termasuk dua penggubal undang-undang yang disabit kesalahan oleh mahkamah.

Jurucakap badan bukan kerajaan itu Sebastian Salang berkata, Muhammad Izzul Islam dari Parti Persatuan Pembangunan (PPP) telah disabit kesalahan kerana pemalsuan diploma, sementara As'ad Syam dari Parti Demokratik disabit atas kesalahan rasuah dalam kes projek loji kuasa Sungai Bahar.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua mereka masih menjalankan tugas sebagai penggubal undang-undang.

"Sepanjang pengetahuan kami, kedua-dua mereka masih disenaraikan sebagai penggubal undang-undang di Dewan Perwakilan," kata Sebastian dari Pemerhati Parlimen Indonesia (Formappi) kepada sekretariat majlis itu.

Turut dilaporkan ialah speaker Dewan Perwakilan Marzuki Alie dari Parti Demokratik yang dilihat kurang daya kepimpinan, berdasarkan bukti semasa sesi persidangan Dewan tersebut berhubung kes jaminan Bank Century awal bulan ini. - Agensi

Ulasan: Pastikan mereka mendapat hukuman yang setimpal di mahkamah. Elakkan bapa borek anak bintik.

No comments: