Pengusaha tersebut bertindak mengunci pagar premis itu ketika serbuan dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada pukul 5.30 petang.
Turut terperangkap di dalam premis itu ialah tiga wartawan dan dua jurukamera yang membuat liputan serbuan berkenaan.
Difahamkan, tindakan itu dilakukan oleh pihak pengusaha bagi menghalang sebarang berita dan gambar mengenai serbuan Jakim dan KPDNKK di premis itu dilaporkan oleh pihak media.
Mereka 'dikurung' selama kira-kira tiga jam dan hanya dapat keluar dari kilang itu selepas polis tiba dan melakukan rundingan dengan pengusaha berkenaan.
Penolong Pengarah Jakim, Mohd. Amri Abdullah yang ditemui pemberita menjelaskan, operasi itu dibuat berikutan rampasan satu tan metrik ayam di Pulau Pinang kerana diragui cara penyembelihannya.
"Siasatan awal kami mendapati kilang ini membekalkan ayam kepada salah sebuah syarikat yang membekalkannya pula kepada salah sebuah pasar raya terkenal di Pulau Pinang.
"Berikutan maklumat itu, sepasukan anggota KPDNKK dan Jakim bertindak memeriksa kilang ini," katanya.
Mohd. Amri memberitahu, Jakim menggantung sementara sijil halal kilang terbabit sehingga siasatan selesai….
Ulasan: Ini sudah kes teruk. Mesti ada sesuatu yang di sembunyikan. Inilah keseronokan bekerja bila kita tak makan rasuah. Mungkin susah sikit tetapi ada pahala dari Allah.
No comments:
Post a Comment