Tuesday, March 09, 2010

Hosni Mubarak selamat dibedah di Jerman

KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan untuk membuang pundi-pundi air kencingnya di Jerman. 

Televisyen milik kerajaan melaporkan bahawa doktor yang terbabit dalam pembedahan itu berpuas hati dengan keadaan presiden berusia 81 tahun itu 

Mubarak yang dirawat di hospital universiti Heidelberg, juga menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di usus kecilnya, kata kenyataan hospital berkenaan kelmarin. 

Isteri Mubarak, Suzanne dan anggota keluarganya yang lain mengiringi presiden veteran itu ke Heidelberg. 

Sebelum ke Jerman, Mubarak menurunkan kuasa eksekutif kepada perdana menterinya, Ahmed Nazif yang akan memegang kuasai itu sehingga presiden kembali ke Kaherah. 

Kesihatan Mubarak adalah satu perkara yang tidak dibincangkan oleh media Mesir sejak beliau menjadi Presiden pada 1981. 

Wartawan yang menulis mengenai kesihatan Presiden pernah dihukum penjara sebelum ini. 

Pada 2004, Mubarak menurunkan kuasa eksekutif kepada perdana menterinya ketika itu, Atef Ebeid apabila beliau menjalani rawatan tulang belakang di Jerman. 

Pada 2003, beliau pitam ketika menyampaikan ucapan di Parlimen yang dikatakan berpunca daripada keletihan berpuasa pada Ramadan dan pada masa sama menghidap selesema. 

Penggal kelima enam tahun Mubarak adalah sehingga akhir 2011. Bagaimanapun, dalam ucapan pada 2005, Mubarak berkata beliau akan terus berkuasa selagi nyawa dikandung badan. – AFP

Ulasan: Lebih baik menyerahkan kuasa kepada rakyat kerana pemerintahan bukan milik keluarga. Rakyat hakim negara.

No comments: