Monday, March 29, 2010

Kelantan terpaksa eksport pekerja kerana mundur

KOTA BHARU 28 Mac – Kelantan boleh menjadi seperti Bangladesh dan Indonesia yang terpaksa ‘mengeksport’ tenaga kerja rakyatnya ke luar negara kerana masalah kemunduran. Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, sindrom penafian tentang keadaan sebenar yang berlaku menjadi punca Kelantan terus mundur dan rakyatnya terpaksa merantau ke tempat lain.

Menurut beliau, kerajaan Pas Kelantan seharusnya berhenti menyalahkan pihak lain di atas kegagalan mereka membangunkan negeri ini.

“Kita sepatutnya menerima hakikat dan selepas itu barulah kita boleh cari jalan bagaimana hendak menyelesaikan masalah.

“Kalau kita tidak terima hakikat ini dipanggil sindrom penafian, sindrom menidakkan, ‘Eh! kita molek dah Kelantan ni, orang kata tak molek kita kata molek dah,’ ini budaya penafian” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) cawangan Kelantan kali ke-36 di Perdana Resort di sini hari ini…

Ulasan: Oleh itu Petronas kena tunaikan janji untuk bayar royalty minyak kepada kerajaan negeri untuk digunakan untuk merancakkan pertumbuhan ekonominya.

No comments: