Wednesday, March 10, 2010

Pilihan raya kerajaan tempatan tak perlu?

Pilihan raya kerajaan tempatan tak perlu: PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata pilihan raya kerajaan tempatan tidak perlu diadakan semula kerana ia tidak semestinya menjadikan perkhidmatan kepada rakyat bertambah baik. 

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, proses pilihan raya berkenaan akan menyebabkan politiking, walhal pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya menumpukan kepada kaedah memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. 

Beliau berkata, pilihan raya kerajaan tempatan sudah lama dimansuhkan dan kerajaan hanya mahu menumpukan kepada memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat. 

"Yang kita hendak beri tumpuan ialah penambahbaikan khidmat kita kepada rakyat," katanya selepas Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-11 (Mappa XI), di sini semalam…

Ulasan: Mungkin pilihan raya kerajaan tempatan memberikan kebaikan kepada rakyat. Rasanya PR boleh mereview kalau langkah itu tidak berjaya membawa pembaharuan. Objektifnya supaya rakyat mendapat manfaat.

No comments: