Wednesday, March 10, 2010

Masyarakat perlu sama-sama berubah - SPRM

KUALA LUMPUR 9 Mac - Setelah lebih setahun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalami transformasi, kini tiba giliran masyarakat yang perlu berbuat demikian.

Justeru, Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Abu Kassim Mohamed mahu masyarakat turut bersama-sama pihaknya melakukan perubahan dalam usaha memerangi jenayah rasuah.

"Saya melihat di mana-mana negara yang persepsi rasuahnya bertambah baik adalah hasil kemantapan kerjasama seluruh masyarakat. Masyarakat sama-sama nak berubah, bukannya perubahan itu daripada SPRM semata-mata," katanya.

Tegas Abu Kassim, perubahan paling utama masyarakat adalah mengelak daripada memberi rasuah dan jangan melindungi mereka yang terlibat dalam rasuah.

"Kalau kita tak beri rasuah, setengah daripada masalah kita dah banyak selesai. Kalau tak mahu rasuah berkembang dalam negara kita, jangan bagi, sebaliknya, lapor kepada kami (SPRM).

"Dapatkan nasihat SPRM sekiranya terdapat sebarang permintaan rasuah dan kalau dalam keadaan terpaksa sangat, selepas memberi (rasuah), maklum kepada kami, kami harus mendapat maklumat-maklumat tersebut, kita harus mengubah cara memerangi rasuah," tegasnya…

Ulasan: Tapi sayangnya, yang membimbangkan rakyat ialah PSRM masih punya bos iaitu PM yang kita tahu, tidak maksum pun. Dalam gaya politik UMNO, macam-macam boleh berlaku. Perangai tahu sama tahu telah merosakkan budaya negara kita.

No comments: