KUALA LUMPUR 17 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan segelintir pemimpin pembangkang bertegang urat di Dewan Rakyat semalam sebagai tidak mengendahkan teguran Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Menurut beliau, ia contoh tidak baik yang langsung tidak menggambarkan status mereka sebagai ahli Parlimen yang berwibawa, berpengalaman dalam politik dan mempunyai latar belakang pendidikan tinggi.
"Ini satu perkara teruk hingga Seri Paduka terpaksa menegur tetapi malangnya mereka tidak menghormati dan memberi perhatian kerana yang pastinya jika (teguran) berulang dua kali ia merupakan perkara serius sehingga terpaksa disuarakan oleh Tuanku Mizan.
"Kita harap rakyat dapat menilai secara terbaik bagaimana mereka (ahli Parlimen) tidak mengendahkan nasihat Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Sukan Sekolah di bangunan Parlimen hari ini…
Ulasan: Eloklah juga kecewa sikap ahli Parlimen dan ADUN yang songlap duit rakyat melalui cara yang tak sah. Nak tanya sikit: Ada orang plolitik, AP dan ADUN BN/UMNO yang miskin?
No comments:
Post a Comment