JOHOR BAHRU 16 Mac - Bapa kepada anggota tentera yang maut akibat dirempuh kereta dinaiki Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pada Jumaat lalu, bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat dalam kemalangan itu.
Hamdan Saim, 48, berkata, terdapat unsur-unsur kecuaian yang jelas dilakukan oleh pemandu kereta tersebut sehingga mengakibatkan kemalangan berkenaan yang mengorbankan nyawa anaknya.
"Jalan di lokasi ini tak boleh memotong kerana ada garisan berkembar, tetapi kereta itu (yang membawa Tian Chua) dilihat memotong hingga hilang kawalan lalu merempuh motosikal arwah anak saya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kira-kira pukul 9 malam Jumaat lalu, Mohd. Salleh Hamdan, 22, yang menunggang motosikal dirempuh sebuah kereta Mercedes Benz di Kilometer 49 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti di Kota Tinggi.
Mohd. Salleh kemudian dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi tetapi meninggal dunia ketika menerima rawatan dua jam kemudian.
Hamdan berkata, kelalaian pemandu kereta tersebut menyebabkan mereka sekeluarga kehilangan orang tersayang yang diharapkan bagi membantu mereka pada masa depan.
Justeru menurutnya, dia berasa terpanggil untuk mendapatkan pembelaan sewajarnya di atas kelalaian yang berlaku itu.
"Saya ada dua orang saksi yang sanggup membantu dalam kes ini. Seorang ialah pemandu Perodua Viva yang dipotong oleh Mercedes itu dan seorang lagi adalah penunggang motosikal yang turut terlibat dan nampak kejadian itu," katanya.
Hamdan berkata, bagaimanapun buat masa ini, dia masih belum menguruskan soal perundangan atau berjumpa dengan peguam…
Ulasan: Eloklah polis cepat selesaikan kes ini di mahkamah.
No comments:
Post a Comment