KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Di tengah-tengah kehangatan berkempen bagi pemilihan baru MCA Ahad ini, aduan mengenai rasuah dan tuntutan wang oleh para perwakilan telah sampai ke ibu pejabat parti itu.
Setiausaha Agung MCA Datuk Wong Foon Meng berkata ada yang melaporkan bahawa calon-calon tertentu telah mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab.
"Semua anggota MCA khususnya dan masyarakat pada amnya berharap agar pemilihan anggota jawatankuasa pusat yang baru kali ini dapat menyelesaikan masalah dalaman yang dihadapi parti buat selama-lamanya.
"Bagi mereka yang berusaha keras untuk memenangi pemilihan parti dengan terlibat dalam politik wang, mereka bukan sahaja membunuh amalan demokrasi di dalam parti tetapi juga akan betul-betul merosakkan parti," katanya dalam satu kenyataan Rabu…
Ulasan: Rasuah akan meruntuhkan tamadun manusia. Jangan ikut seperti UMNO.
No comments:
Post a Comment